Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 5 Ogos 2014

TERHENTINYA PENAWARAN




Mendebarkan bila proses melakukan penawaran sedang berlaku dan terjadi. Amat mengharapkan agar setiap penawaran yang ditawarkan boleh diterima setiap kali oleh bakal pembeli atau pelanggan. Melakukan jualan bukan semudah logik akal dalam mengira matematik. Ada kalanya menyeronokkan kerana boleh diterima oleh mereka tapi masalahnya amat menyedihkan jika penawaran langsung tidak mahu diterima pula oleh mereka.

Perlu kepada tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Bukan semua penawaran boleh diterima dengan semudah apa yang kita sangka kan. Mungkin tindakan-tindakan berikut boleh menggagalkan tindakan kita dalam melakukan penawaran tidak mahu diterima oleh mereka hanya disebabkan

i.             Tidak memberikan nilai tambahan pada produk yang ditawarkan. Segala kelebihan dan perkara-perkara lain telah gagal kita nyatakan kepada mereka. Bukan setakat produk tersebut sahaja tetapi apa nilai-nilai tambahan yang lain yang boleh mereka peroleh hanya dengan bersetuju menerima produk yang ditawarkan.

ii.           Masih tidak berupaya untuk mendapatkan kepercayaan mereka terhadap kita yang melakukan penawaran. Mungkin keyakinan diri kita belum terserlah atau gaya pertuturan kita yang masih tidak mampu untuk kita lontarkan dengan baik

iii.          Kit jualan yang kita gunakan mungkin tidak mencukupi seperti mana seperti biasa kita lakukan. Ada sahaja yang tertinggal atau tidak kita tambah kepada maklumat-maklumat yang terkini.

iv.          Tidak sedari mood mereka dalam keadaan yang tidak mengizinkan kita melakukan penawaran

v.            Mungkin salah sasaran bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui yang membuatkan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran diri kita

Memang mudah terhenti atau terputus dengan apa yang kita lakukan tidak disambut baik oleh bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui. Kena bermuhasabah sentiasa kenal pasti di mana terletaknya kegagalan mahu pun kesilapan yang telah kita lakukan. Elakkan mudah merasa putus asa dan menanggung kecewa tetapi setiap kegagalan yang kita lalui bangun semula untuk kita perbetulkan mana-mana yang tidak berjaya dan mengena dengan apa yang telah kita lakukan. Setiap pembetulan itu sudah pasti ada wujud kesempurnaan dalam apa yang kita lakukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan