Sebut sahaja nak menjual pasti apa yang
difikirkan adalah keuntungan yang boleh dan mampu untuk diperoleh. Semuanya nak
untung tak kira sama ada senang ataupun sukar, halal atau haram, menyakitkan
hati orang lain ataupun tidak. Matlamat utama adalah keuntungan dan ganjaran se
maksimum yang termampu. Bila berjaya dirasakan rezeki Allah telah hadir tapi
bila gagal pelbagai pihak pula dikecam dan dimarahi hanya kerana kegagalan
telah diperoleh.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang
perlu diambil kira dalam melakukan jualan iaitu
i.
Bersedia untuk membantu
Tidak kira siapa pun yang ditemui,niat
utama melakukan jualan adalah untuk membantu dan menolong seramai yang boleh
dan termampu. Jangan dikira dahulu untuk mendapatkan penambahan pendapatan
ataupun komisen tetapi bantu-membantu dahulu adalah lebih utama untuk
dipraktikkan terlebih dahulu memandangkan kita menjual bagi memenuhi setiap
keperluan yang dimahukan oleh mereka di luar sana. Bila bakal pembeli merasakan
barang yang ditawarkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya bermakna kita
telah membantu bakal pembeli tersebut memenuhi impiannya.
ii.
Memenuhi keperluan seseorang
Lakukan jualan kena pastikan apa yang
diperlukan oleh bakal pembeli mahukan supaya bakal pembeli tersebut akan merasa
puas, tidak tertipu dan sememangnya produk tersebut diperlukan oleh beliau.
Jangan sama sekali difikirkan tentang keperluan kita dahulu yang melakukan
jualan produk atau perkhidmatan tetapi kena fikirkan terlebih dahulu apa yang
diperlukan terlebih dahulu oleh bakal pembeli. Fahami keperluan bakal pembeli
untuk disesuaikan dengan produk yang ingin ditawarkan
iii.
Memudahkan keinginan seseorang
Setiap tugasan jualan perlu dipermudahkan
bakal pembeli untuk menerima tawaran yang ditawarkan. Jangan sama sekali
disukarkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bakal pembeli akan merasa tawar
hati dan sekali beliau merasa sukar sampai bila-bila pun beliau pasti dan tidak
mahu lagi berurusan dengan kita. Jangan terlalu banyak birokrasinya tetapi
tunjukkan jalan mudah baginya untuk berurusan agar segala detik masa dan
peristiwa ketika bersama semasa penawaran produk dilakukan terasa amat mudah
dan senang untuknya berurusan.
iv.
Menambahkan pendapatan
Melakukan sesuatu pekerjaan tiada imbuhan percuma bagi
sesiapa yang melakukannya. Tidak kira karier apa yang diceburi pasti memohon
dan memerlukan sama sekali pendapatan hasil segala usaha dan daya tugas yang
telah diberikan selama ini. Inilah tugasan seorang yang melakukan jualan,
imbuhan dan penambahan pendapatan amat bermakna sekali bagi mereka yang
menceburi bidang ini setalah kesemua faktor di atas telah dipenuhi terlebih
dahulu. Jangan diambil kira sama sekali keperluan pendapatan sebagai matlamat
utama tetapi menjadikan ia nya sebagai satu tanda penghargaan dari pelanggan ke
atas usaha kita membantu dan menolong pelanggan tersebut untuk menerima produk
yang ditawarkan.
Begitulah faktor-faktor yang diperlukan di
dalam melakukan jualan kepada bakal pelanggan sebelum mereka semua bertukar
menjadi pelanggan kita. Usaha yang berterusan dan konsisten pasti akan membuahkan
hasil yang menarik dan cukup memuaskan hati jika ia dilakukan dengan sepenuh
hati, fokus dan bersungguh. Tidak ada keraguan dan kesangsian dalam melakukan
jualan sememangnya membuahkan hasil yang terbaik sebaik mereka-mereka yang
menceburi bidang-bidang lain yang mampu memperoleh pendapatan yang besar dan
memuaskan hati kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan