Adat orang menjual mesti ada persaingannya. Begitulah lumrahnya dalam kita
menceburi bidang ini. Jangan mudah mendabik dada merasakan apa yang kita
lakukan sudah pasti semudah pengiraan matematik. Fikir logik akal sudah pasti
semuanya mudah sahaja untuk dilakukan. Tapi dari segi realitinya sebenarnya
terlalu banyak yang perlu untuk kita tempuhi dan salah satu daripadanya adalah
persaingan. Tidak kiralah dari pesaing yang menjual produk yang sama ataupun
tidak semuanya perlu untuk kita hadapi dengan hati yang terbuka, tabah, tenang
dan sabar.
Kerana itu apabila kita bersaing pastikan kita jangan melakukan perkara-perkara berikut
i.
Mudah memandang rendah pesaing yang ada.
ii.
Tidak mudah berdendam, sakit hati dan geram akan apa juga tindakan mereka.
iii.
Tidak memburukkan pesaing di hadapan bakal pembeli atau pelanggan.
iv.
Jangan mengikut gerak jualan seperti mereka seolah-olah kreativiti
dalam jualan langsung diketepikan langsung.
v.
Sebaik-baiknya jangan bermusuh dengan mereka tapi berkawan dan
bersahabatlah dengan mereka walaupun dalam bidang yang sama. Banyak yang boleh
dipelajari dari mereka yang mungkin tidak kita ketahui caranya.
vi.
Tidak mudah percaya dan menerima membabi buta kalau ada orang atau bakal pembeli dan
pelanggan yang suka memburukkan pesaing-pesaing kita. Mungkin ada agenda atau provokasi
yang pasti tidak kita ketahui di sebaliknya.
vii.
Mudah berputus asa merasakan pesaing adalah lebih
baik dan bijak dari tindakan
kita.
Fokus dan bersangka baik. Berfikiran positif sentiasa agar kita sentiasa
boleh beriltizam dalam melakukan jualan. Mungkin sasaran pelanggan yang sama
tapi semuanya dapat dibezakan hanya dari segi bagaimana penerangan yang kita
terangkan dan bagaimana gaya perkhidmatan yang mampu kita hulurkan kepada
mereka. Kenapa perlu kecewa dan sedih dalam memperjuangkan jualan yang kita
lakukan? Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Yakin
dan percayalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan