Bukan
mudah untuk menguruskan tim jualan kalau tidak kena dengan caranya. Bukan
setakat memerlukan kesabaran tetapi juga bagaimana untuk menghadapi sebaik yang
mungkin mengharungi setiap cabaran, dugaan dan rintangan hanya semata-mata
memastikan tim jualan yang disertai mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk
melaksanakannya.
Sebagai
pemimpin lakukan perkara berikut bagi memastikan setiap kali melakukan jualan
bukan setakat kejayaan peribadi setiap kakitangan jualan dapat dilakukan tetapi
juga kejayaan pada tim jualan tersebut kena ada untuk diraikan bersama. Antara
tindakan-tindakan yang dimaksudkan ini adalah
i.
Kurangkan
risiko
Jangan bermain dengan api bahaya pula nanti. Setiap
tindakan yang dilakukan kenal pasti apa risikonya agar segala kemungkinan
menghadapi kerugian dapat dielakkan sama sekali. Sudah pasti tiada siapa pun
yang mahukan kerugian dan kesukaran dalam melakukan jualan. Semuanya perlu
untuk diketahui dan sensitif dengan keadaan sekeliling.
ii.
Kumpulkan
tindakan-tindakan atau praktik-praktik yang terbaik
Setiap tindakan-tindakan dan praktik-praktik yang terbaik
dalam melakukan jualan perlu diketahui agar semua tindakan pada kakitangan
jualan perlu diseragamkan dan di sekatakan antara satu sama yang lain. Jangan
biarkan seorang dua sahaja yang berjaya dengan meninggalkan kakitangan lain
merangkak-rangkak tertinggal begitu jauh dengan mereka yang berjaya.
iii.
Dokumenkan
kejayaan
Apa juga kejayaan yang dimiliki dan dinikmati haruslah
didokumenkan sebagai satu bahan sejarah dan kenangan manis untuk ditatap di masa
hadapan. Semuanya ini boleh dilakukan sebagai satu ruang motivasi buat semua
kakitangan jualan. Pencetus kejayaan silam boleh menjadi pembakar semangat yang
terbaik bagi kakitangan jualan mengetahuinya agar sikap dan sifat untuk
berlumba perlu ada di masa kini dan masa hadapan.
iv.
Beri
pujian dan penghargaan
Jangan tamak atau sombong untuk menghulurkan dan menghamburkan
pujian dan kata-kata semangat kepada kakitangan jualan. Ucapan ‘Tahniah’, ‘Anda
Hebat’ atau ‘Terima kasih atas usaha anda’ perlu sentiasa bermain di bibir agar
boleh menaikkan lagi semangat dan motivasi mereka melakukan jualan. Sekali
sekala mungkin setiap suku atau setengah tahun boleh diberikan anugerah
walaupun hanya sehelai sijil penghargaan sahaja. Bagi kita tiada apa pun nilai
sekeping kertas tersebut tapi bagi si penerimanya akan menjadi satu kebanggaan
mungkin sampai matinya tetap menjadi kenangan manis buat dirinya.
v.
Bertindak
sebagai satu kumpulan
Jangan biarkan seorang dua jagoan bertindak hebat
mengatasi yang lain. Bergerak bersama dalam satu kumpulan dan bukannya bergerak
seorang seperti di kuda seorang lagi seperti kura-kura. Imbangi prestasi mereka
dan nyatakan betapa pentingkan kita semua berada dalam satu kumpulan jualan.
Seorang berjaya bermakna semua orang juga akan turut merasa kejayaannya. Satu
untuk semua dan semua untuk satu.
Pembakar
semangat apabila tim jualan tersebut benar-benar mempunyai kakitangan jualan
yang utuh dan kuat dalam melakukan jualan memastikan tim jualan yang
disertainya benar-benar mahukan kejayaan demi kejayaan secara berterusan
konsisten. Bukan hangat-hangat tahi ayam tetapi melakukan secara bersungguh untuk
yang dimahukan oleh semua orang. Tiada perasaan mudah patah diri dan kecewa
tetapi saling bantu membantu memastikan kejayaan bukan milik individu tetapi
milik tim jualan yang disertainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan