Jurujual : Pakcik cari baju?
Pak
Hamid : ha’ah
Jurujual : Ya!! Tengah sale... kempen harga runtuh menyambut raya!!
Pak
Hamid : Murah le, yek?!
Jurujual : Ha’ah....
murah-murah pak cik! Ada baju yang diskaun sampai tujuh puluh persen.
Pak
Hamid : Elok sangatlah
tu, pakcik ni memang tengah cari baju, tapi tak jumpa-jumpa lagi
Jurujual : Tengok-tengok
pakcik, nanti ada yang berkenan bagi kat saya, biar saya buka bil.
Pak
Hamid : ‘Aaaah
Jurujual : Kat belah sini banyak baju kameja...cantik-cantik pakcik,
fesyen terkini!
Pak
Hamid : Cantik-cantik,
tapi.....
Jurujual : Kenapa? Nak cari warna apa? Biar saya tolong carikan.
Pak
Hamid : Bukan warna,
tapi potongannya!
Jurujual : Potongan??
Pak
Hamid : Ha’ah... ce
tengok yang ni, saiz XL tapi kecil je. Betul ke ni?
Jurujual : Eh! Betul
pakcik, potongan sekarang memang macam tu, ptotongan slim... Orang sekarang
suka pakai ketat-ketat macam artis Korea tu.
Pak
Hamid : pakcik tak
boleh pakai baju macam ni... boroi! Hahahaha
Jurujual : kat belah sana ada yang potongan lama.
Pak
Hamid : Dah tengok
tadi, tak ada juga
Jurujual : ‘Eeee... kat situ ada pakcik, ada potongan baju macam
dulu-dulu.
Pak Hamid : Tak ada baju yang pakcik cari... dah jenuh pak cik
cari tadi. Tak ada.... kedai bukan main besar, tapi baju prak pun tak ada jual.
Jurujual : Tak
apa.... mari saya tolong carikan. Pak cik nak baju macam mana? Lengan panjang?
Lengan pendek?
Pak
hamid : Pakcik nak cari
baju prak.
Jurujual : Baju apa tadi??
Pak
Hamid : Baju prak!!
Jurujual : Oooo....
baju Perak. Yang itu tak adalah. Yang jersi pasukan bola sepak Perak pakai tu
tak ada. Rasanya kena pergi kedai barangan sukan atau Kelab Bola Sepak Negeri
Perak, situ rasanya ada jual. Tapi kalau pakcik nak baju-T yang potongan dan
warna macam pasukan Perak pakai,ada.
Pak
Hamid : pakcik tak nak
t-shirt, pakcik nak baju prak
Jurujual : Oooo...bukan baju-T, kemeja ke?
Pak
Hamid : Laa....labang
ke, apa kamu ni? Banyak kali dah aku kata tadi, baju prak
Jurujual : Baju prak? Bukan baju Perak, eh?! Baju macam mana tu?
Pak
Hamid : Baju prak pun
tak tau?! Baju yang pakai kat dalam ni.
Jurujual : pakai kat dalam?
Pak
Hamid : Ha’a!! Pakai
kat dalam baju.
Jurujual : Yang tak ada lengan tu yek?!
Pak
Hamid : Ha’ah!!
Jurujual : Oooo....singlet yea?!
Pak
Hamid : ‘Aaaa... orang
putih kata singlet. Baju prak lah tu
Jurujual : Heheheee...
kalau yang tu, ada-ada! Jom kat sana, bahagian pakaian dalam... ingatkan baju
apa lah tadi
Pak Hamid : Kalau kat kampung, sebut baju prak, semua orang
kedai tau. Pakcik ni datang rumah anak kat sini, terlupa bawa baju prak, bawa
selai yang pakai kat badan je.
Jurujual : Hehehee....
tak apalah pakcik. Kat sini pun ada jual, tapi bukan baju prak tapi singlet!!!
Hehehehee.
Pak
Hamid : Hahahaha
Info :
Gloasari – (Dialek Perak) Baju prak –
singlet; labang- kurang pendengaran agak pekak; jenuh – puas
Di
tulis oleh Dr Nor Hisham Osman; Ruangan Mewah Bahasa, Berita Harian, ms 5,
Saster BH2 9 Julai2014
Penting
seorang yang menjual melakukan pertanyaan demi pertanyaan dengan cara bertanya dan
mengesahkan betul ataupun tidak. Mungkin mengambil masa sedikit tapi hasilnya pasti
memuaskan hati di pembeli ini. Sememangnya ada masalah bahasa, namun pertanyaan
yang betul pasti pada akhirnya boleh untuk difahami. Ketenangan dan kesabaran amat
diperlukan agar bakal pembeli tidak mudah merasa kecewa dan tergugat dengan apa
dimahukan dari awal. Sesuatu yang baik untuk dipelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan