Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 16 Ogos 2014

REDHA SENTIASA




Rasulullah sebelum berhijrah ke Madinah berhasrat untuk membawa diri baginda meneruskan dakwahnya di Taif. Namun kerana kuatnya kepercayaan, pegangan dan pendirian penduduk-penduduk Taif kepada pengaruh Abu Jahal dan Abu Lahab apabila nampaknya Nabi Muhammad terus menghina dan membaling pelbagai objek termasuk batu kepada baginda Rasulullah sehingga menyebabkan kecederaan kepada Rasulullah.

Walaupun di hina, di baling dengan batu dan merasai sakit namun baginda masih mampu lagi bersabar dan bertenang sentiasa berlapang dada. Seolah-olah apa yang dilalui oleh baginda seperti satu perkara kebiasaan bagi semua orang. Tidak marah apatah lagi mahu bersungut dan mengadu domba. Bersabar dan terus bersabar agar apa yang di lalui oleh baginda merupakan satu ujian buat diri baginda sendiri.

Di saat itu Malaikat Jibril turun menemui Baginda dan berkata, jika Baginda mahukan, bukit Taif yang berada di hadapan Baginda boleh di hempaskan dan dimusnahkan kepada mereka, namun Baginda mencegah dan menegah Malaikat Jibril melakukannya. Sebaliknya Baginda berdoa kepada Allah ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaum ku kerana mereka tidak mengetahui aku Rasulullah’

Hebatnya Rasulullah SAW. Walaupun di hina dan di keji, di baling pula dengan batu sehingga mengalami kecederaan, namun kesabaran baginda mengatasi segala-galanya. Satu contoh yang berguna buat kita dalam melakukan jualan untuk dijadikan sebagai satu pengajaran dan iktibar buat kita. Tidak dinafikan dalam mengharungi jualan yang dilakukan sudah pasti akan terdapat dan terpaksa menempuh pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang pasti memberikan impak dan kesan yang kuat buat kita. Kerana itu dalam melakukan jualan perlu diterapkan perkara-perkara seperti berikut

i.             Mempunyai kesabaran yang tinggi dan mampu menghadapi apa jua cabaran, dugaan dan rintangan yang dihadapi dan mendatang

ii.           Jangan merungut dan menyalahkan sesiapapun andai kata menghadapi sesuatu keadaan atau situasi yang boleh menjejaskan kredibiliti, kemampuan, keyakinan dan kemarahan yang melanda dalam diri kita

iii.          Walaupun disakiti dan dihina, minta yang baik-baik  dan jangan sama sekali minta yang bukan-bukan menjatuhkan orang yang menyakiti hati kita

iv.          Dalam apa juga keadaan berdoalah meminta dan memohon bantuan dari Allah dan tidak sama sekali meminta bantuan dan pertolongan dari manusia.

v.            Sentiasa tabah, tenang dan tawakal kepada Allah dalam menempuh setiap ujian yang di lalui.

Fikirkan yang positif, bersangka baik dan redha dengan apa yang di hadapi. Setiap apa yang dilalui sudah pasti ada sebab musababnya yang Allah sahaja yang mengetahui kenapa sesuatu perkara yang tidak kita sukai boleh berlaku dan terjadi. Jangan merungut dan bersungut tetapi masih mampu berikan yang terbaik kepada bakal pembeli atau pelanggan ketika kita menjual. Lambat laun sudah pasti mereka akan mempercayai apa yang kita lakukan adalah jujur dan ikhlas semata-mata mahu untuk menolong dan membantu diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan