Fitrah manusia pasti berkehendakkan yang
banyak. Tak mainlah sikit-sikit. Kalau boleh nak dapat tu biar kita seorang
sahaja yang punya seolah-olah usaha orang lain tak perlu tahu tapi kita sahaja
yang menikmatinya. Itu lah kita dalam apa hal sekalipun pasti hendak kan yang
banyak dan yang besar. Rasulullah juga menuntut agar apabila berdoa minta
banyak-banyak bukan sedikit-sedikit sahaja seperti kais pagi makan pagi kais
petang makan petang pula. bersesuaian dengan Rasulullah SAW bersabda ‘Apabila
seseorang antara kamu berdoa, maka hendaklah memperbesarkan keinginannya, sebab
sesungguhnya bagi Allah tiada sesuatu pun yang di anggap besar’ (Hadis Riwayat Ibnu Hubban).
Alangkah baiknya betapa kerapnya kita
sering melakukan doa terhadap Allah agar Allah bukan setakat permudahkan urusan
kita tetapi mengabulkan setiap permintaan kita juga. Mintalah sebelum melakukan
tugasan, sedang dan selepas melakukan jualan. Benar-benar mengharapkan bantuan
dan pertolongan Allah dalam apa keadaan dan situasi sekalipun. Bukankah Allah
menuntut kita berdoa kepadanya meminta dan memohon apa juga yang kita inginkan
dan mahukan daripada Nya. Firman Allah bermaksud ‘Dan
apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka (beritahulah kepada
mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku’ (Surah
Al-Baqarah Ayat 186).
Berdoalah dan yakinlah dengan janji Allah.
Berdoa kena dengan cara dan gayanya. Jangan main hentam kromo begitu sahaja.
Dah kita berkehendakkan sesuatu, maka biarlah beradab dan bersopan bila kita
memohon. Firman Allah bermaksud ‘Berdoalah
kepada Tuhan mu dengan merendahkan diri dan (dengan suara) perlahan’ (Surah
Al-Araf’ Ayat 55). Sentiasalah merendah diri bukan setakat manusia sahaja
tetapi dengan Allah kena di lebihkan lagi.
Lakukanlah berdoa dengan sebaik yang
mungkin. Mintalah apa saja pada Allah akan di makbulkan. Kalau tidak diperoleh
apa yang kita minta di dunia, di akhirat kelak pasti akan dipenuhi juga. Hendak
dimakbulkan dengan Allah pastikan segala amalan dan ibadah kita hanya pada
Allah. Bukan apabila terdesak baru nak ingat Allah dan apabila sedang menikmati
kesenangan habis Allah kita lupakan. Biar senang ataupun susah hanya Allah
sahaja tempat kita bergantung sesungguhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan