Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 11 Ogos 2014

ALASAN-ALASAN DALAM TIM JUALAN




Nampak senang dan mudah sahaja apabila dilantik menjadi ketua, pengurus, penyelia atau pemimpin dalam sesebuah tim jualan yang sedia ada. Di mata kasar nampak betapa mudahnya tapi di hati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa perit dan sukarnya untuk memimpin dan mengerakkan tim jualan yang diamanahkan. Semuanya berkisar kepada kredibiliti dan keupayaan kita dalam memastikan bagaimana tim jualan yang di bawah kelolaan kita boleh bergerak seperti mana yang dimahukan.

Bila menjadi ketua sudah pasti pelbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuh dan dihadapi dengan hati yang terbuka. Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang mengurus manusia lebih terseksa jika dibandingkan dengan terseksanya mengurus jualan sendiri. Inilah yang perlu ditempuhi dan dilakukan tanpa kesabaran dan ketabahan yang ada.

Pelbagai alasan mungkin didengari dan perlu untuk diterima. Kerenah mereka merupakan asam garam yang perlu ditelan dan di ketahui agar kita tahu apa tindakan terbaik untuk menghadapinya. Antaranya adalah

i.             Janji yang tidak pernah ditepati
Bila disebut tentang janji semuanya pandai berjanji tapi masalahnya janji yang diberikan cukup sukar untuk ditunaikan. Komitmen mereka seolah-olah satu permainan untuk melepaskan diri sahaja memberikan hasil yang kita mahukan. Pada realitinya sebenarnya mereka lebih sanggup memberikan sesuatu komitmen hanya untuk menjaga hati pemimpin mereka dan dikhuatiri kena marah yang bukan-bukan.

ii.           Pelbagai alasan yang diberikan
Kedengaran pelbagai ayat diberikan seperti ‘saya cuba dah’, ‘macam-macam saya dah buat’, ‘apa yang Encik suruh semuanya telah saya lakukan’, ‘pelanggan nak tapi sampai sekarang buat macam tak tahu sahaja’ dan mungkin pelbagai alasan yang dikira munasabah akan diberikan. Janji boleh lepas diri dari cengkaman ketua dikira amat baik dari mendapatkan penutupan jualan dari pelanggan.

iii.          Menyalahkan yang lain
Semuanya dipersalahkan. Tidak kira sistem komputer, keadaan sekeliling, pasaran yang lembap, persaingan yang tinggi dan sebagainya. Semuanya kalau boleh dijadikan alasan sudah pasti akan diberikan. Segala masalah yang timbul walaupun kecil pasti akan diperbesar-besarkan mencari helah dan dalih melepaskan diri.

iv.          Inilah saya – setakat ini sahaja
Komitmen yang menyakitkan hati apabila keupayaan dan produktivitinya hanya boleh pada satu-satu tahap dan peringkat sahaja. Lebih sahaja tugasan dilakukan seolah-olah ada batu penghalang yang menghalang tindakannya untuk tidak bertindak lebih dari sepatutnya. Sesuatu di luar dugaan mungkin akan berlaku tanpa kita sedari.

v.            Semuanya sakit
Alasan paling glamer. Mentang-mentang mudah mendapat MC semuanya dipergunakan habis-habisan walaupun pada hakikatnya tidaklah sesakit mana. Semuanya mencari jalan melarikan diri secara profesional di fikirannya. Masalah kesihatan pun masih mampu di permain-mainkan hanya disebabkan mencari alasan demi alasan melarikan diri. 

Lagi banyak kita tempuhi akan lebih mematangkan kita menambahkan pengetahuan dan pengalaman buat kita bagi mentadbir dan menguruskan tim jualan yang diamanahkan. Jangan mudah melenting atau menunjukkan ketuaan kita kepada mereka. Anak buah semuanya tahu yang kita adalah ketua mereka. Banyakkan bermain emosi mengerakkan lagi kecemerlangan mereka melakukan jualan. Umpama bermain layang-layang pengawalan bermain perlu bijak dan pintar mengawal situasi. Jangan mudah mengalah tapi bantu mereka agar setiap alasan-alasan yang diberikan sudah pasti mempunyai jawapan-jawapan yang kukuh untuk diatasi dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan