(Gambar yang di paparkan adalah sebagai satu hiasan sahaja) |
Ada orang mengatakan bila melakukan jualan kena menggoda baru boleh laku.
Menggoda sehingga bakal pembeli tak tahu nak kata apa hanya kerana tergoda dan
digoda sehingga apa yang dicadangkan dan ditawarkan sanggup diterima
mentah-mentah begitu sahaja. Adakah ini yang kita lakukan dan mahukan apabila
melakukan jualan. Langsung tidak memberi
peluang dan ruang kepada bakal pembeli untuk memikirkan sama ada apa yang
ditawarkan boleh ataupun tidak untuk diterima begitu sahaja.
Bagi kita yang menjual yang mementingkan agar stok yang ditawarkan mudah
habis dengan cepat dan segera tidak mustahil kaedah menggoda orang amat efektif
untuk dilakukan. Asalkan orang terima dan semua stok dapat dihabiskan itu
menunjukkan satu kejayaan dalam melakukan jualan. Tidak kiralah mereka tergoda
ataupun tidak asalkan apa yang kita tawarkan diterima mentah-mentah begitu
sahaja dikira amat memadai dengan apa yang dilakukan. Begitulah jalan mudah dan
pintas kalau kita menggunakan konsep menggoda pada orang lain.
Masalahnya berapa lama boleh kita lakukan jualan cara menggoda ini? Berapa
ramai yang boleh kita goda? Kalau setakat seorang dua mungkin boleh kita
lakukan tapi kalau setiap kali bertemu orang dengan setiap hari kena lakukan godaan
ada kah kita sanggup? Berfikirlah secara waras agar kaedah menggoda orang perlu
dijauhkan sama sekali. Jangan kerana nak untung banyak, nak jalan mudah, nak
perabiskan stok atau nak mendapatkan pujian orang kita menggunakan kaedah
sebegini. Suatu hari nanti sudah pasti orang ramai dan rakan sekerja kita akan
hilang hormatnya pada tindakan dan perbuatan kita ini.
Lakukanlah dengan sebaik mungkin. Beri penerangan dengan rasa tanggungjawab
yang sepenuhnya. Ketika proses perundingan beri masa mereka untuk fikirkan
sedalam-dalamnya sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Tak perlu memaksa
tak perlu menggoda tapi pujuklah secara baik mendatangkan persetujuan mereka
menerimanya secara logik akal. Selagi niat kita ikhlas untuk membantu sudah
pasti Allah akan melorongkan mereka untuk menerima tawaran kita atas keikhlasan
dan kejujuran dari diri kita. Percayalah dan yakinilah apa yang sepatutnya kita
lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan