Bagi kakitangan
jualan yang bercuti pasti merasakan bila terdapatnya hati cuti umum pasti akan
berehat sepenuh hati tidak kira asyik tidur sepanjang hari, pergi berjalan
melancung ataupun menonton TV sepuas hati. Semuanya dilakukan asalkan jiwa dan
perasaan merasa tenang dan tenteram tanpa adanya gangguan dari pihak atasan.
Rehat se rehat-rehatnya seolah-olah tiada siapa yang boleh mengganggu dan
memberi arahan sesuka hati.
Bagi
peniaga-peniaga yang benar-benar bergantung harap pada perniagaan mereka untuk
menampung kehidupan mereka pasti melakukan jualan dengan lebih bersungguh. Pasti
segala stok dan persiapan awal dilakukan dengan sebaik mungkin mengharapkan
agar setiap jualan yang dilakukan mendapat sambutan yang cukup luar biasa pada
hari semua orang sedang bercuti. Ambil kesempatan semaksimum yang termampu agar
hasil jualan yang dilakukan sekurang-kurangnya dapat menampung jualannya pada
hari-hari kebiasaan yang dilalui.
Itulah perbezaan
orang yang melakukan jualan antara yang makan gaji dan bekerja sendiri. Berehat
dan relak pada yang makan gaji tapi tidak pada yang berusaha sendiri. Ini lah
lumrah alam yang dilalui oleh setiap insan yang hidup di dunia ini.
Masing-masing mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri bagaimana mereka
melakukan jualan asalkan dapat menampung kehidupannya di dunia ini sehari-hari.
Inilah ragam
kita yang menjual. Lakukan sebaik mungkin kerana Rasulullah sememangnya
menyarankan kita melakukan pekerjaan seperti mana hadis daripada Abdullah bin
Mas’ud dan Anas bin Malik Rasulullah bersabda ‘Bekerja mencari rezeki
adalah fardu ke atas setiap Muslim’ (Riwayat Tabrani dan Dailami). Menjual
mengikut keadaan. Makan gaji atau bekerja sendiri kita yang menentukannya.
Asalkan mampu untuk menampung kehidupan selagi itulah lakukan dengan sebaik
yang mungkin penuh dengan kejujuran dan keikhlasan yang ada. Jangan di kira
hari cuti ataupun tidak selagi kita berusaha untuk mendapatkannya sudah pasti
apa yang kita hajati kalau diusahakan pasti akan menjelma juga. Mohonlah pada
Allah agar setiap apa yang kita lakukan sentiasa dipermudahkan dan disenangkan
setiap masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan