Melakukan
jualan amat berkait rapat dengan kejayaan. Tidak dinafikan. Lihat mereka yang
melakukan jualan, bagi mereka yang telah menemui kegagalan sudah pasti jualan
yang dilakukan akan berhenti begitu sahaja. Mudah merasakan jualan cukup menyeksa
kan dan mula merasakan betapa jualan yang dilakukan tidak bersesuaian dengan
diri kita. inilah jadinya kalau seseorang itu cukup mudah berputus asa, kecewa
dan frust dengan apa yang dilakukan. Cukup berbeza dengan mereka yang
telah meraih kejayaan dalam jualan, semakin hari semakin bersemangat untuk
melakukannya dan tiba-tiba sahaja gaya dan cara hidup mereka pasti berubah ke
arah yang lebih menyenangkan dalam kehidupan mereka.
Ini lah kejayaan
yang perlu dicari. Semakin berjaya
melakukannya semakin bersemangat dibuatnya. Bila semakin bersemangat, keyakinan
diri dan fokus dalam melakukannya amat mudah untuk dilakukan. Minat yang 50-50
pada permulaannya pasti akan bertambah 100% bila kejayaan dalam melakukan
jualan boleh diperoleh. Kerana itulah jualan dan kejayaan amat berkait rapat
dan tidak boleh dipisahkan begitu sahaja. Tiada jualan mana nak datang kejayaan
tapi ada jualan tak mampu juga lakukan sudah pasti kejayaan yang diidamkan
tidak juga diperoleh juga. Berbeza dengan melakukan jualan tapi bila kejayaan
boleh diperoleh dengan mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang mungkin sudah
pasti semakin lagi bersemangat dan mahu sahaja melakukan lebih dari apa yang di
jangkakan.
Bila prestasi
menurun atau gagal sudah pasti pemikiran, skil dan komitmen kita akan merudum
begitu sahaja. Fikiran minda kita akan berfikir bukan-bukan yang segala-galanya
negatif apa yang difikirkan. Kemahiran yang ada semakin menurun seolah-olah
memberontak pula jadinya untuk tidak mahu melakukan jualan. Makin dilakukan
makin tidak pandai pula untuk menarik perhatian orang menerima tawaran yang
dikemukakan. Bila semuanya menjadi negatif sudah pasti komitmen kita akan
menjadi pudar dan lenyap sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Makin dilakukan
semakin payah dan sukar pula melakukannya walaupun diri kita merasakan apa yang
kita lakukan ini adalah sebaik yang mungkin.
Carilah kejayaan
agar semakin mendalam minat kita melakukan jualan. Tanpa berusaha untuk
mencapai kejayaan sudah pasti apa yang kita lakukan cukup mengecewakan dan
memberikan harapan putus asa dan patah semangat dengan lebih mudah lagi. Berilah
komitmen yang tinggi dan berusaha dengan
lebih bersungguh lagi agar kejayaan yang diingini pasti menjelma juga. Begitulah
kuatnya hubungan antara jualan dan kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan