Tiada siapa yang suka di tegur, di komen atau di kritik. Masing-masing ada
egonya yang sendiri. Seolah-olah dalam dirinya sahaja dia yang betul tanpa
memikirkan orang lain. Itulah manusia yang dijadikan Allah. Mungkin kita yang
menjual boleh melihatnya dengan mata kita sendiri. Nak ditegur takut hilang
jualan kalau tak ditegur rasanya melampau sangat tabiat dan perangainya. Itulah
dilema yang perlu kita tempuhi. Suka atau tidak hadapinya dengan sebaik yang
mungkin.
Firman Allah bermaksud ‘(Mereka
dibiarkan menuduh Dengan Yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka
Dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa
orang-orang Yang mereka sesatkan Dengan tidak berdasarkan pengetahuan Yang
benar; Sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa Yang mereka lakukan itu’ (Surah An-Nahl
Ayat 25).
Hadapi dengan sebaik mungkin walaupun ada kalanya kita cukup meluat dengan apa
yang berlaku di hadapan mata kita. Lakukan tatacara sebegini
i.
Nada dan intonasi
Gunakan
suara yang lembut dan jangan sama sekali meninggi suara atau bercakap kasar.
Sampaikan secara berhemah dengan tutur kata yang baik-baik. Fikirkan olahan
bahasa yang sesuai yang boleh dipergunakan agar orang yang ingin kita tegurkan
itu tidak mudah melenting semula kepada kita seolah-olah kita ini terlalu bagus
di hadapannya.
ii.
Jangan rendahkan ego terhadap orang yang
ditegur
Setiap
orang ada egonya sendiri. Jangan sama sekali per endahkan egonya pula tapi
hadapinya dengan sebaik yang mungkin. Niatkan teguran kita untuk perbetulkan
apa yang tidak kena di hadapan mata kita dan kerana Allah SWT. Niat yang baik
sudah semestinya bantuan Allah akan menjelma asalkan teguran kita tidak mudah
menyakitkan hatinya. Jangan difikirkan mereka mahu untuk menerimanya terlebih
dahulu tapi fikirkan sudah kah kita melakukannya demi masa hadapannya nanti.
Soal terima atau tidak biarkan sahaja kepada mereka yang ditegur.
iii.
Cari waktu dan masa yang sesuai
Ketahui
kesesuaian waktu dan ketika yang bersesuaian. Cukup pantang kalau dilakukan di hadapan
orang yang ramai seolah-olah kita adalah betul segala-galanya. Tidak kira
jawatan atau pangkat yang kita pegang sekarang ini kita main balun sahaja
perkatakan apa sahaja menegur di hadapan orang ramai. Aib orang perlu dijaga
kalau kita mahu Allah menjaga aib kita. Carilah masa yang bersesuaian dengan
situasi yang bersesuaian juga. Jangan beri teguran yang melulu dikhuatiri nanti
niat elok kita untuk menegur langsung tidak mahu diterima pula oleh orang yang
ditegur.
iv.
Fahami dan selami kedudukan orang yang ditegur
Mungkin
orang yang mahu ditegur mempunyai masalah peribadi atau gangguan jiwa yang
masih tidak kita ketahui secara dalaman. Nampak ok sahaja di luar tapi cukup
berserabut rupanya bila di dalam. Ini yang perlu kita elakkan dan ketahui
kedudukan sebenarnya kenapa kita perlu menegurnya terlebih dahulu. Setiap
manusia ada kelemahannya termasuk kita. Ambil tindakan mengkaji dan lakukan
sedikit penyelidikan terhadap orang mahu kita beri teguran terlebih dahulu.
v.
Secara ilmiah dan logik akal
Berikan secara
yang mudah diterima dan difikirkan dengan senang apa yang kita tegurkan. Nak
beri contoh biarlah mudah difahami dan jelas. Jangan dikaburkan lagi dan
mengikut apa yang kita sendiri fahami. Berikan secara logik akal dan ilmiah
agar penyampaian kita bukan setakat ringkas, padat dan jelas tetapi juga mudah
difahami dan diterima oleh mereka yang mendengarnya.
Bukan untuk menunjukkan yang kita ini betul atau untuk meninggi diri apa
yang kita berikan teguran sentiasa betul dan terbaik. Lakukan teguran hanya
kerana Allah dan bukan nak tunjukkan kita ada pangkat, jawatan dan kuasa yang
ada pada diri kita. Nak beri teguran pastikan jangan ada dosa kering pula yang
hinggap kepada kita kerana kadang-kadang boleh mengakibatkan orang marah apatah
lagi berdendam kepada kita. Niat kena betul dan ikhlas bukan untuk
menunjuk-nunjuk. Selagi kita betul dan ikhlas selagi itulah setiap teguran yang
kita berikan insyaAllah akan diterima baik oleh orang yang menerimanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan