Trend pembelian sekarang lebih terjurus kepada pembelian online. Betapa
mudah dan senangnya melakukan pembelian secara alam maya ini yang hanya
memerlukan sama ada komputer ataupun telefon pintar. Selagi ada talian Internet
sama ada di langgan ataupun melalui WIFI percuma yang ada cukup memadai untuk
melakukan transaksi yang dimahukan. Tidak kiralah sama ada pembayaran dilakukan
melalui pembelian secara penggunaan kad kredit, kad debit ataupun pemindahan
wang melalui akaun bank yang di nyatakan. Semuanya pasti boleh dilakukan
mengikut kemampuan masing-masing. Bila hati dah berkenan bukan di kiranya, habis
di rembat apa yang dimahukan.
Banyak tawaran-tawaran yang dikemukakan lebih hebat dari jualan
konvensional yang dilakukan. Diskaun-diskaun dan tawaran-tawaran harga rendah
pasti mampu untuk memikat mereka-mereka yang memerlukan. Hanya sebagai satu
peringatan agar apabila melakukan pembelian online ambillah langkah
berhati-hati dan berjaga-jaga agar apa juga yang kita beli ataupun
berkehendakkan produk tersebut tidak tertipu dengan tawaran yang dikemukakan. Ambillah
tindakan berhati-hati terlebih dahulu sebelum penyesalan boleh diperoleh.
Satu peringatan yang di ambil dari
keratan akhbar:
Pengguna harus memainkan peranan bagi mengelak daripada menjadi mangsa
penipuan antaranya tidak terburu-buru membuat pembelian dan harus memastikan
peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sehingga kini, 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti
atau perniagaan melalui Internet berdaftar dengan SSM. Beberapa panduan di
sarankan KPDNKK bagi mengelak mangsa penipuan dengan
i.
Buat perbandingan harga dahulu dan peka
dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah
ii.
Semak latar belakang syarikat atau
perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di Internet dengan membuat
pengesahan alamat perniagaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan
ketulenan perniagaan
iii.
Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan
membaca maklum balas orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau
individu yang sama
iv.
Lakukan transaksi hanya melalui laman web
yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web
itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan
tertentu.
v.
Sekerinya membeli dari laman web asing atau
syarikat luar negara, elok di fikirkan kos dan nilai barangan mengikut mata
wang tempatan termasuk kos yang perlu ditanggung untuk proses penghantaran ke
rumah kerana kebiasaannya kos penghantaran lebih mahal daripada di sangka
vi.
Dapatkan butiran peribadi penjual dengan
menghubungi terlebih dahulu bagi sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk
tempoh masa barangan akan sampai
vii.
Pastikan kaedah pembayaran dan elak
daripada mendepositkan wang ke pemegang akaun selain daripada nama penjual
viii. Baca dan fahami
terma dan syarat pembelian, sekiranya boleh memulangkan barang jika tidak
berpuas hati terutama produk berbeza yang di hantar ke rumah
ix.
Cetak resit atau bukti pembayaran untuk di
simpan sehingga produk yang di beli sampai ke tangan
(Sumber : BERNAMA. Berita Harian Rabu 9hb julai 2014)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan