Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 30 September 2014

PASTIKAN ADA MINAT





Apa yang diceburi semuanya kena sama dengan minat kita. Umpama seseorang yang menyuruh kita berlari 100 meter kalau kita minat sudah pasti sampai juga ke garisan penamatnya walaupun dalam keadaan merangkak. Namun kalau kita tidak minat melakukannya sudah pasti kita melihat garisan penamat tersebut umpama 1 kilometer jauhnya. Begitulah bezanya antara orang yang berminat dengan tidak. Minat mahu melakukannya sudah pasti akan sampai ke penghujungnya begitulah juga kalau tiada minat untuk melakukannya sudah pasti akan berdiri tegak memeluk tubuh berseorangan diri begitu sahaja. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalannya.

Nak lakukan jualan kena ada minatnya. Tanpa minat apa yang dilakukan sudah pasti memboringkan dan hilang selera untuk melakukan. Apalah gunanya kalau dilakukan secara terpaksa atau memaksa? Dalam hati sudah pasti Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya betapa memberontaknya kita untuk melakukannya. Buang duit buang masa dan buang tenaga sahaja kalau tetap kita melakukannya. Bukankah itu satu kerugian namanya.
Pastikan kalau mahu melakukan jualan kena ada minatnya. Bukan semberono dan bukan cakap kosong sahaja. Jangan sama sekali lakukan perkara-perkara berikut yang belum tentu lagi menghasilkan minat sama ada

i.             Ikut apa yang dilakukan oleh orang lain

ii.           Tamak nak dapatkan kononnya tambah pendapatan dan keuntungan

iii.          Semuanya nak serba cepat dan pantas menjadi kaya

iv.          Jangan paksa diri kita tapi berfikir sedalam-dalamnya

v.            Mudah ikut trend dan suasana sekeliling

vi.          Terpengaruh dengan ajakan dan bisikan orang

vii.        Pentingkan diri kita sahaja tanpa memikirkan kemampuan untuk melakukannya

Berfikirlah sebaik mungkin. Lakukan bila kita benar-benar minat untuk melakukannya. Jangan seperti sekali air bah sekali pantai berubah atau hidup sekadar menjadi lalang, di tiup di kiri kita ke kiri dan sekali di tiup ke kanan ke kanan pula kita mengikutinya. Biar ada pegangan dan pendirian yang kukuh apabila melangkah kaki ke alam jualan. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Itulah tindakan yang sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan