Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 8 September 2014

HARGA BUKAN SEGALA-GALANYA




Yakin dalam melakukan jualan amat dituntut. Keyakinan semakin tinggi bermakna semakin memudahkan lagi tugasan dalam melakukan jualan. Pasti tergagap-gagap dalam percakapan, perasaan risau dan bimbang dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin hanya disebabkan kedudukan yang terbaik pada produk yang ditawarkan. Sememangnya bila yakin telah diperoleh melakukan jualan terasa amat mudah untuk dilakukan. Binalah keyakinan berlandaskan pada keikhlasan dan kesungguhan kita melakukan jualan dan bukan sama sekali yakin bila dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk yang kita ini amat terror dalam melakukannya di hadapan orang ramai.

Bila keyakinan telah diperoleh sejauh mana pula keyakinan kita terhadap harga yang ditawarkan? Majoriti bakal pembeli berkehendakkan harga memainkan satu isu yang paling utama sebelum tawaran boleh dikemukakan. Berapa ramai yang mahukan kualiti jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan. Semuanya tertakluk pada harga yang ditawarkan. Memang harga memainkan peranan utama dalam penawaran tapi tidak mustahil ada perkara lain boleh juga untuk dipengaruhi.

Ambil tindakan sewajarnya ketahui apa logik akal tawarkan harga yang disyorkan agar mudah bagi kita memberikan penerangan dan mengatasi bangkangan jualan jika ada. Jangan kerana harga segala keyakinan kita akan hilang begitu sahaja. Harga bukan penentu segala-galanya dalam diri seseorang menerima tawaran yang dikemukakan. Bagaimana kita menghuraikan memberi kefahaman dan apa kelebihan produk kita jika dibandingkan dengan produk pesaing perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Mahirkan diri kita sebaik yang mungkin agar keyakinan yang ada tidak mudah luntur. Petah bercakap belum bermakna mudah untuk melakukan jualan tapi mahir dan yakin dengan apa yang kita lakukan sudah pasti menjadi satu kelebihan dan keuntungan buat diri kita melakukan jualan. Fokus dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa beringat bahawa harga bukan penentu mutlak bagi bakal pembeli untuk menerimanya bulat-bulat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan