Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 11 September 2014

Pelbagaikan IDEA




Tak kira dengan siapa pun kita berinteraksi dan bersembang paling tidak pun kita tahu apa yang kita sembang kan. Jangan main cakap bualkan sehingga orang tak faham pula apa yang kita sampaikan. Kadang-kadang kita akan bertemu dengan seseorang yang boleh kita lakukan jualan begitu sahaja tanpa perlu bertanyakan minat atau hobinya terlebih dahulu. Tapi ada juga orang yang kita temui memerlukan pembukaannya menyentuh tentang isu-isu semasa atau apa yang berlaku sekelilingnya.

Semuanya memerlukan cetusan idea yang pelbagai memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan untuk kita memulakan percakapan bila berinteraksi. Kita yang memerlukan mereka sudah pasti dalam perbualan pun kita perlu memulakan ia dahulu. Selagi kita tidak bersedia tidak mampu untuk memulakannya sudah pasti menjadi satu kebuntuan pula untuk kita melakukan jualan.

Pengajaran untuk kita agar mendapatkan ilmu bukan sahaja tentang jualan tetapi juga pelbagai topik yang sedikit sebanyak perlu juga untuk kita ketahui seperti berita-berita semasa, sukan, ekonomi dan sebagainya mengikut minat bakal pembeli yang kita temui. Bukan nak jadi Prof serba tahu tapi cukuplah sekadar mengetahui apa yang berlaku pada sekeliling kita. Semakin banyak yang kita tahu menjadikan satu kelebihan buat kita sebagai modal terbaik untuk bersembang dan pembuka bicara. Modal bukan setakat duit sahaja tetapi modal idea juga perlu untuk kita cari dan pergunakan dengan sebaik mungkin.

Ambil langkah berhati-hati agar apa yang kita tahu itu kena pada tempat dan situasinya. Sebarang ulasan dan buah fikiran itu biarlah yang kita benar-benar tahu. Cari jalan mudah tak tahu katakan tak tahu tapi bila sesuatu itu kita ketahui jangan berlebih-lebih pula. Patut padan sudahlah. Penting melakukannya untuk mendapatkan komunikasi dua hala dari kita bercakap seorang-seorang seperti bercakap di hadapan cermin. Bila dah mula berinteraksi dan merasa selesa barulah boleh dihujani pula dengan pelbagai soalan yang kita perlukan jawapannya bagi memudahkan lagi kita ketahui apa produk yang bersesuaian dengan apa yang mereka mahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan