Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 10 September 2014

KEGAGALAN YANG DICARI?




Tak pernah lagi kedengaran mahu mendapat kegagalan dalam apa juga bidang yang diceburi. Semuanya berkehendakkan dan mahukan kejayaan dalam kehidupan masing-masing. Tidak dikiralah apa niat sekalipun sama ada untuk mengejar kehidupan, pujian, kesenangan, menunjuk-nunjuk ataupun menjadikan diri itu hebat semuanya mahu mencapai kejayaan. Apa pun pasti bergantung kepada niat yang kita tetapkan. Begitulah hebatnya yang dinamakan kejayaan sehingga begitu berebut-rebut orang mahu memilikinya.

Inilah bukti kenapa kegagalan sudah pasti orang tidak mahukan sama sekali. Bagai berlari untuk menangkap bayang sudah pasti tiada siapa pun yang mahukan kegagalan. Bila disebut sahaja gagal sudah pasti akan memberikan kesan dan impak yang tidak baik pada sesiapapun. Dengan kegagalan seseorang akan menjadi seorang yang putus asa, kecewa, begitu merendah diri, kebingungan dan mula hilang minat untuk melakukan jualan.

Bagi mengelakkan kegagalan dalam melakukan jualan terdapat 3 perkara penting yang perlu disemai dan dilakukan sentiasa iaitu

i.             Sentiasa berfikiran positif boleh melakukannya. Kalau orang lain boleh dan mampu untuk melakukannya kenapa kita masih tidak mampu lagi. Mesti ada salah dan silapnya kita gagal seperti mereka yang berjaya. Bukan kerana semangat tidak kuat tetapi semangat yang kuat kena ada pendirian yang kukuh untuk melakukannya walaupun terdapat pelbagai rintangan, cabaran dan dugaan yang menimpa. Selagi kita berfikiran negatif selagi itulah kita tidak ke mana. Berubah kepada sangkaan yang baik agar apa juga tugasan yang kita lakukan sudah pasti dapat dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

ii.           Kemahiran perlu dilatih dan dipelajari setiap masa. Tiada siapa pun lahir-lahir sahaja di dunia ini terus menerus pandai dan cekap di dunia ini. Kena belajar dari seseorang baik dari segi pengalamannya atau pemerhatian kita kepadanya. Sebaik-baik mendalami kemahiran setiap apa yang dipelajari dilakukan tindakan dengan segera agar setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan boleh diperbetulkan dengan cepat. Kerana itu kehadiran seorang mentor amat diperlukan agar lebih mampu mengawal, menyelia dan menasihati akan segala pergerakan diri kita apabila melakukan jualan

iii.          Sentiasa mohon bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Hanya Allah tempat kita bergantung dan kepada Allah jua tempat kita berlindung. Segala cabaran dan dugaan yang kita hadapi dan tanggungi adalah ujian dari Allah yang perlu untuk kita tempuhi dengan kecekalan, ketabahan dan kesabaran. Mohon lah pada Allah minta apa yang kita mahukan kerana Allah bukannya mahu apa-apa pun daripada kita tapi sebenarnya kitalah yang amat-amat memerlukan Allah dalam kehidupan sehari-hari kita.

Yakin dengan apa yang kita lakukan. Dalam apa juga kesukaran dan kepayahan menghadapi jualan yang kita lakukan sudah pasti ada kesenangannya pula Allah akan berikan kepada kita. Selagi kita berusaha dengan cara dan kaedah yang betul kenapa perlu risau dan bimbang dibuatnya. Melakukan jualan semuanya berpunca dari usaha sendiri dan bukannya berpeluk tubuh mengharapkan simpati orang. Tiada istilah kegagalan andai kata apa yang kita lakukan bertindak menurut apa yang kita rancang kan. Selagi kita percaya pada diri sendiri boleh melakukannya berilah fokus sewajarnya agar apa yang kita mahukan boleh dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan