Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 23 September 2014

SENTIASA CIPTA PELUANG




Semuanya bergantung atas kita dalam melakukan jualan. Tidak dinafikan mahu berjaya sahaja dalam jualan semuanya pasti melihatkan apa kesungguhan kita untuk melakukannya.  Mengharapkan simpati dan belas kasihan orang baik kita pergi meminta sedekah sahaja. Minta sahaja duit pada mereka, terbuka hatinya pasti ada imbuhan yang boleh kita peroleh. Tapi adakah ini matlamat kita melakukan jualan atau meminta sedekah? Tepuk dada tanyalah selera di mana letaknya kemahuan kita sebenarnya.

Jangan terlalu mengharapkan edaran flyers atau risalah, mempamerkan kain rentang dan poster sahaja didinding-dinding atau di tempat yang berstrategik mengharapkan mereka menghubungi kita. Adakah ini memadai dengan apa yang kita harapkan? Mungkin yang ada akaun Facebook, Instagram, WeChat dan sebagainya memadai kah kita post kan sahaja produk-produk kepada kenalan kita mengharapakan respond mereka kepada kita? Sejauh mana mampu menghasilkan jualan yang dimahukan? Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Maka lakukan segera pada apa yang perlu dilakukan kepada aktiviti dalam jualan. Kena menghubungi senarai bakal-bakal pembeli yang mungkin boleh kita peroleh di mana sahaja termasuk referral dari pelanggan-pelanggan sedia ada kita. Kena bercakap dan perkenalkan diri agar perkenalkan juga produk boleh dilakukan sama. Ada penyusunan pembukaan kaunter dan memberikan taklimat jangan diabaikan sama sekali. Kena aktif dan kena agresif melakukannya kalau mahu jualan diterima oleh mereka di luar sana. Buat majlis makan-makan sedikit panggil mereka seperti kenduri atau majlis apa pun demi mencari simpulan merapatkan lagi hubungan persahabatan dan keakraban.

Ciptalah sebanyak yang mungkin segala peluang yang ada. Sama ada online atau offline lakukan sahaja. Jangan terlalu mengharapkan peluang datang bergolek begitu sahaja. Kena cari kena kenal pasti agar kita masih mampu menghidu dan mencium segala peluang yang ada baik di depan mata ataupun tidak. Penting agar tidak mudah patah semangat dan putus asa kecewa yang bukan-bukan. Teruskan usaha agar segala apa juga tindakan yang dilakukan sudah pasti akan ada imbuhannya nanti di kemudian hari. Lakukan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan