Bagi mereka yang telah melakukan bisnes pasti akan mengharapkan bisnes yang
dikemudikan boleh berkembang maju dan meningkatkan lagi perolehan yang
didapati. Mustahil jika ada yang mengatakan bahawa cukup lah sekadar apa yang
ada atau ok lah ni janji boleh hidup sudahlah. Mungkin di hadapan sahabat
handai dan kawan-kawan yang rapat berkata sedemikian tapi di sudut hati hanya
Allah sahaja yang mengetahuinya betapa bisnes yang dijalankan perlu
dipertingkatkan lagi.
Terdapat 4 langkah utama bagi memastikan bisnes yang dijalankan terus mampu untuk berkembang maju
dan boleh dipertingkatkan lagi perolehan yang diinginkan. 4
tindakan ini adalah
i.
Menjaga perkhidmatan
dan silaturahim bagi mereka
yang telah menjadi pelanggan kita. Dari mereka jualan berulang boleh diperoleh.
Menjaga perhubungan dan silaturahim amat penting kerana hebahan mulut promosi
percuma ini kalau mereka lakukan akan memberikan impak positif kepada bisnes
kita. jangan sibuk nak menjual sahaja tapi perhubungan keakraban kita langsung
tidak pula kita jaga. Alangkah ruginya jika perkara sebegini berlaku kepada
kita.
ii.
Pemasaran yang dilakukan jangan berhenti di
tengah jalan. Walaupun dah
berjaya kena teruskan lagi dan lagi. Jangan pernah kata berhenti ataupun untuk
berehat seketika. Pemasaran paling mudah seperti kain rentang, penampalan
poster dan pengedaran flyers mesti perlu diteruskan . Biar di pasaran tahu yang
kita sentiasa wujud untuk menjual dan kemukakan promosi-promosi baru kepada
mereka.
iii.
Setiap produk ada tempoh jangka
masa hayatnya bergantung
pada sambutan dan kehendak pelanggan. Bagi menarik perhatian dan penggunaan
produk sesuatu yang inovatif perlu dilakukan baik dari segi produk mahupun dari
segi promosinya. Kreativiti dan melakukan lebih baik dan elok dari pesaing
amat-amat dituntut agar bakal pembeli mahupun pelanggan yang sedia ada tidak
mudah lari begitu sahaja.
iv.
Menjaga hubungan
dengan Allah. Sentiasa
menjaga amal ibadat dan lakukan apa yang dituntut dalam agama agar perhubungan
kita dengan Allah dapat dijaga dengan begitu baik sekali. Sentiasa bersyukur
dengan apa yang ada, solat dilakukan tanpa tidak meninggalkannya, sering kali
bersedekah dan memastikan zakat dibayar mengikut masa yang ditetapkan. Kita
menjaga Allah sudah pasti Allah akan menjaga semula pada kita. Yakinilah dengan
segala janji Allah kepada kita.
Lakukan dengan sebaik mungkin. Satu perkara yang bukan senang untuk
pertahankan apa tah lagi untuk per tingkatkan lagi bisnes yang dilakukan.
Melakukan tindakan yang betul sudah pasti memberikan kesan dan impak yang betul
pada segala bisnes kita dan begitulah sebaliknya jika tidak dilakukan secara
tidak bersungguh-sungguh. Komitmen dan kesungguhan di samping keikhlasan perlu
diwujudkan sentiasa agar pelanggan tidak lari dan bertukar kepada pesaing kita
pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan