Ada kalanya dalam melakukan jualan terdapat beberapa perkara yang kita
lakukan telah memberikan satu pengharapan yang besar kepada pelanggan dengan
cara
i.
Menetapkan waktu temu janji tapi pada
akhirnya sampai ke sudah tidak juga bertemu
ii.
Pelanggan telah membayar wangnya menerima
tawaran tapi malangnya seminggu telah berlalu namun produk tidak kunjung tiba
iii.
Mengatakan ada promosi terbaru dengan
diskaun yang hebat namun bila tawaran diterima tiba-tiba promosi yang
dinyatakan tersilap kata atau maklumkan
iv.
Berjanji memberikan perkhidmatan yang
terbaik tapi bila telah menjadi pelanggan telefon mereka pun tidak dijawab
v.
Mulut manis sentiasa merendah diri tapi
secara realitinya seorang pembelit dan penipu besar rupanya.
Inilah yang ditakuti oleh kita semua. Di kenali sebagai PHP (Pemberi
Harapan Palsu) perlu dijauhi. Jangan sampai orang ramai mengelar kan PHP dalam
kehidupan kita nanti hingga kiamat nanti
orang pasti tidak akan percaya kepada kita. Lebih banyak orang akan bersangka
buruk terhadap kita sampai bila kita boleh melakukan jualan? Kita yang
melakukan jualan sudah pasti amat mengharapkan sokongan dan maklum balas yang
positif dari mereka bagi memajukan karier dalam bidan jualan ini. Tapi oleh
kerana terlalu mementingkan diri kita sehingga sanggup menjadi PHP amat-amatlah
dikesali.
Biar lambat asalkan selamat lebih baik kita lakukan dari kita melakukan
asal lambat biar selamat. Lambat kerana lebih berhati-hati bukan sengaja
lakukan yang lambat memuaskan hati dan perasaan kita sahaja. Memang di yakini
bahawa takkan lari gunung di kejar namun menghargai dan menghormati perasaan
orang lain adalah menjadi keutamaan kita melakukan jualan. Tindakan segera dan
pantas perlu dilakukan asalkan jangan lakukan PHP cukuplah.
Jika inilah ada pada diri kita berubahlah segera. Jangan bijak memberikan
harapan palsu kepada siapa pun juga. Akibatnya diri sendiri juga yang
menanggung ke tidak baik kan perangai yang kita tonjolkan ini. Orang akan mula
mengata yang bukan-bukan terhadap segala tindakan kita, mudah bersangka buruk
dan yang paling mendukacitakan kita nanti adalah orang akan mula tidak percaya
dan yakin akan apa yang kita lakukan selama ini. Berhati-hati dengan apa juga
tindakan kita selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan