Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 20 September 2014

EXPLORASI HO CHI MINH - PATUTLAH ORANG KITA SUKA




Bandar Ho Chi Minh yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 6.0 juta orang amat sibuk sesibuk bandar raya di negara lain. Dengan pengangkutan utama paling ramai menggunakan kenderaan motosikal bagi memudahkan pergerakan mereka di bandar raya ini. Cukup banyak cukup hebat dengan pelbagai model dan jenis motosikal boleh didapati di Ho Chi Minh ini.

Tidak dinafikan pelancong dari Malaysia cukup ramai melancong dan membeli belah di sini. Dari pengamatan sendiri kenapa ramainya pelancong sanggup hadir di Bandar raya ini adalah semata-mata kerana

i.             Harga yang cukup menawan yang rasanya cukup murah dari harga yang ditawarkan di Malaysia

ii.           Wang Ringgit Malaysia cukup mudah diterima di Bandar raya ini sehingga tidak perlu untuk menukar ke wang ringgit Dong Vietnam.

iii.          Penjual-penjual di sini cukup fasih dan mahir dalam berbicara Melayu

iv.          Barangan-barangan yang ditawarkan kebanyakannya memenuhi selera dan kehendak pelancong Malaysia

v.            Makanan dari Malaysia dan halal cukup mudah untuk diperoleh

Satu pengalaman baru bagaimana penjual-penjual di Vietnam mengeksploitasi bahasa dan barangan kegemaran orang Melayu boleh diterima mudah oleh pelancong-pelancong Malaysia. Sesuatu yang boleh dipelajari dan boleh dimanfaatkan oleh kita semua. Lain padang lain belalangnya lain orang lain caranya.

Hebat Vietnam ni rupanya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan