Jalinkan silaturahim dan jaga
ukhuwah sesama kita. Jangan mudah fikirkan perihal tentang kita seorang sahaja.
Lebih baik menjaga hubungan dengan orang dari menjaga kepentingan peribadi yang
tidak ke mana penyudahnya. Terdapat banyak bukti kenapa silaturahim menjaga
hubungan sesama manusia amat diperlukan. Antara dalil-dalilnya adalah
Pertama
Dari Jubair bin Muth’im ra,
Ia mendengar Nabi SAW bersabda :” Tidak
akan masuk syurga orang yang memutus silaturahim “ ( Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim ).
Kedua
Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra
berkata, bersabda Rasulullah SAW “ Tidak akan masuk syurga pemilik lima hal berikut :
Peminum arak, orang yang percaya kepada sihir, pemutus silaturahim, dukun dan
yang suka mengungkit-ungkit kebaikan.” ( Hadis Riwayat Ahmad ).
Ketiga
Dari Al-Barra
berkata, bersabda Rasulullah SAW “ Tidak
bertemu dua orang Muslim lalu bersalaman, maka pasti diampunkan dosa keduanya,
sebelum keduanya berpisah.”( HR Ahmad,
Abu Daud dan At-Tirmidzi ).
Keempat
Firman Allah yang bermaksud
“Tidak akan ada kebaikan pada kebanyakan
bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh
(manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di
antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari keredaan
Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.” (Surah An-Nisa : 114)
Kelima
Dari Abdillah bin Salam ra
berkata ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang berebut mendekat
kepadanya, aku termasuk yang berebut. Tatkala nampak jelas kepada ku wajahnya,
saya tahu bahawa wajahnya bukan wajah pendusta. Dan yang pertama saya dengar
darinya, beliau bersabda “Sebar luaskan
salam, bersedekahlah dengan makanan, bersilaturahimlah, dan solat lah di
malam hari saat orang lain lelap tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.” ( Hadis Riwayat. Ahmad dan Ad-Darimi ).
Semoga dengan dalil-dali
yang diberikan ini akan menguatkan lagi tindakan kita mencari, dan mengekalkan
lagi silaturahim dengan siapa juga. Bukan sahaja nak menjual tapi kerana ia nya
menjadi satu tuntutan Agama untuk kita lakukan dengan sebaik yang mungkin.
Kalau kita tidak memulakannya siapa lagi? Tepuk dada tanyalah iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan