Sudah menjadi satu kebiasaan seseorang yang melakukan jualan sudah pasti
akan dipandang serong oleh bakal pembeli. Tahu sahaja kita ini hendak menjual
sudah pasti perasaan yang bukan-bukan bersangka buruk pasti akan menjelma.
Belum lagi membuka mulut perkenalkan diri sudah difikirkan pelbagai tanggapan
dan andaian tentang orang yang melakukan jualan yang bukan-bukan.
Masalah yang cukup besar yang menimpa bagi orang yang menjual adalah ketika
cuba menjual di premis-premis kediaman. Bukan senang untuk melakukannya.
Terdapat pelbagai kes-kes yang tidak elok pernah berlaku yang melibatkan kes
pecah rumah, rompakan, penipuan, penculikan dan sebagainya yang semuanya boleh
disabitkan dengan kes-kes yang melibatkan pihak polis pada akhirnya. Berpunca
dari inilah kenapa walaupun terdapat orang di dalamnya namun bila di beri salam
atau loceng rumah dibunyikan namun buat endah tak endah sahaja si tuan rumah
duduk diam membisu bahasa begitu sahaja.
Ini lah keadaan dan fenomena yang perlu ditempuh oleh mereka yang inginkan
melakukan jualan dari rumah ke rumah. Terdapat terlalu banyak sangkaan buruk
berlaku hanya disebabkan banyak kes-kes yang bukan-bukan telah berlaku sebelum
ini yang banyak menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka-mereka yang
tinggal di rumah kediaman tatkala semua jiran tetangga telah keluar pergi
mencari rezeki dan bekerja di tempat lain.
Adalah menjadi saranan saya, kalau boleh elakkan menjual di rumah-rumah
kediaman terutamanya ketika waktu orang ramai sibuk keluar bekerja. Terdapat
banyak lagi cara dan kaedahnya kalau kita ingin menjual seperti pembukaan
kaunter di surau atau dewan taman perumahan tersebut di samping pengedaran
risalah-risalah produk masih mampu dilakukan. Sejarah telah membuktikan bahawa
ramai penjahat yang lebih suka menyamar mencari maklumat bagaimana cara terbaik
untuk menceroboh terutamanya ketika sunyi dan orang sekeliling tiada di kawasan
tersebut.
Tiada siapa pun yang ingin menyerah diri kepada penjenayah dan begitu
jugalah pada si penjual tidak akan mahu melakukan jualan jika terlalu sukar
untuk mendapat sambutan akan tawaran yang dikemukakan. Fikirkanlah cara dan kaedah
terbaik dari membuang masa melakukan jualan dari sebuah rumah ke sebuah rumah
yang lain. Terlalu banyak negatif dari positifnya. Jaga imej dan diri kita dari
mendapat sangkaan buruk yang bukan-bukan oleh masyarakat. Cara yang betul sudah
pasti akan memberikan kesan yang baik pada jualan kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan