Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 29 September 2014

SEJAUH MANA BISNES KITA?




Majoriti memulakan bisnes bila timbul satu perasaan geram dan cemburu atas kejayaan seseorang melakukan bisnes dengan  jayanya. Syok betul kalau kita tahu seseorang itu boleh berjaya dalam bisnes yang diceburinya. Perubahan taraf hidupnya, percakapannya asyik ke arah bisnes dan sering berkawan dengan orang yang sama berjaya dengan dirinya semuanya mampu mempengaruhi kita untuk melakukan bisnes. Ditambah pula orang bisnes sering kali memperkatakan tentang satu hadis Sabda Rasulullah yang membawa maksud ‘9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan’ (Hadis Riwayat Tirmizi). Lagi membuatkan kita bertambah goyang pendirian untuk turut sama menceburi bisnes seperti mereka.

Inilah masalah kita. Mudah terpengaruh dan merasakan seperti amat mudah untuk melakukannya. Bila dah mula lakukan mulalah pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi tanpa kadang-kadang kita duga dan fahami. Dah rasa susah datanglah pula keluhan dan rintihan hati merasakan orang yang berjaya itu memang nasibnya baik dan sentiasa ramai yang mahu membantu untuk mereka mencapai kejayaan. Inilah masalahnya, bila seseorang dalam kesukaran dan kesusahan tiada siapa ambil peduli dan tahu biarkan begitu sahaja beliau menghadapinya tapi bila dah berjaya barulah kita mudah buka mata kehairanan bagaimana beliau melakukannya. Nampak sangat kita terlalu sibuk nak tahu macam mana dia berjaya melakukannya dari mengetahui apa kesusahan dan kesukarannya bagaimana dia boleh dan mampu untuk melakukannya.

Nak jalan pintas dan senang sahaja orang kita. Kerana itulah kita cukup mudah ditipu begitu sahaja seumpama kes-kes pelaburan skim cepat kaya. Semuanya nak untung banyak tapi tak mahu usahakan secara bersungguh-sungguh. Sekarang ramai yang pula yang menjual dengan jualan online hasil garapan penceramah-penceramah bisnes online yang ada di Malaysia. Ditunjukkan cek, penyata akaun yang banyak bakinya dan memudahkan kehidupan siang dan malam menjadi tarikan besar kepada siapa pun yang melihatnya. Tak perlu lakukan ini dan tak perlu lakukan itu semuanya duduk relak, tidur dan makan sahaja diuar-uarkan. Kayanya tetap mereka dan kita masih begitu juga walaupun mungkin ratusan mahupun ribuan duit kita hilang macam itu sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Bahawa sesungguhnya seseorang kamu pergi mengambil seutas tali kemudian mengikat seberkas kayu api lalu menjualnya hingga dengan sebab itu ia dapat memelihara harga dirinya, adalah lebih baik daripada ia pergi meminta-minta kepada orang sama ada mereka memberinya atau menolaknya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari). Sedangkan Rasulullah menyarankan kita untuk berusaha bukan mengharapkan perolehan boleh datang begitu sahaja.

Berusahlah. Tidak kira perniagaan secara konvensional ataupun online semuanya kena ada usahanya. Bukan mengharap dan menyalahkan orang lain bila tidak berjaya. Berfikirlah secara waras dan jangan mudah terpengaruh perkara-perkara yang dikatakan mudah untuk dilakukan. Kempen orang menjual memang sentiasa ceritakan yang indah-indah sahaja bagi tujuan menarik perhatian dan minat kita tapi secara realitinya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Nak lakukan bisnes fikirkan sedalam-dalamnya bukan kerana rayuan mereka, promosi mereka mahupun atas simpati kita pada mereka. Mulakan bisnes secara kecil-kecilan dalam mencari ruang membesarkan lagi bisnes kita. Berfikirlah sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan