Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 3 September 2014

ELAKKAN 6 TINDAKAN KETIKA BERHUBUNG




Mendapatkan temu janji dari panggilan telefon yang dilakukan adalah salah satu aktiviti jualan yang perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Dari senarai prospek yang diperoleh setelah semakan, tapisan dan saringan dilakukan maka bermulalah episod menghubungi setiap prospek yang dijangka dan dimahukan oleh kita sendiri mengikut apa yang kita mahukan. Semua yang dilakukan semata-mata kerana mahu mendapatkan temu janji bagi memudahkan lagi kita melakukan jualan. 

Ambil tindakan sentiasa berwaspada dan beringat sentiasa agar di penghujung bicara nanti tidak akan gagal memperoleh temu janji yang dimahukan. Sudahlah penat melakukan semakan, tapisan dan saringan atas senarai nama-nama bakal pembeli yang ada, bila dihubungi pula langsung tiada maklum balas menyatakan persetujuan untuk menerima seperti mana yang dihajatkan. Alangkah sia-sia sahaja tindakan kita ini.

Antara tindakan-tindakan yang perlu berhati-hati apabila menghubungi mereka adalah

i.             Jangan terlalu yakin yang mereka pasti telah bersetuju apabila kita menyatakan mahu bertemu dan bersua dengan mereka

ii.           Jangan terlalu selesa merasakan apa yang kita lakukan pasti diterima bulat-bulat dan dipercayai sepenuh hati

iii.          Jangan merasa diri terlalu hebat yang mereka mentah-mentah begitu senang menerima kehadiran diri kita

iv.          Jangan bercakap laju dan pantas seperti serangan menggunakan mesin gun langsung tidak memberi peluang orang lain untuk bercakap dan menyapa

v.            Jangan pula bila bercakap asyik terputus-putus dan tergagap-gagap dibuatnya. Sampai ke sudah orang akan bosan dan meluat dengan apa yang kita perkatakan

vi.          Jangan berterabur tanpa adanya susunan yang baik secara ringkas, jelas dan padat

Jaga lah dengan sebaik yang mungkin 6 perkara yang dinyatakan di atas apabila kita sudah mula berhubung dan berinteraksi dengan siapa pun yang kita hubungi. Minimum kan tindakan yang boleh membawa kesilapan dan kesalahan agar hasil yang dimahukan boleh dijelmakan. Sentiasa memastikan dan bermuhasabah setiap masa agar kesempurnaan tugas bagi mendapatkan temu janji sudah pasti boleh diperoleh dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan