Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 21 September 2014

EXPLORASI HO CHI MINH - PENJUAL JALANAN



Ingatkan hanya di Indonesia sahaja yang ada. Rupa-rupanya di Vietnam pun sama juga. Penjual Jalanan berada di mana-mana bila diketahui adanya pelancong yang hadir di tempatnya. Bergegas segera hanya dengan menaiki motosikal menunggu sama ada ketika hendak menaiki atau menuruni bas pelancong untuk melakukan jualan. Keluar atau masuk pintu restoran atau kedai makan mahupun pelancong yang duduk melepak di hadapan pintu masuk hotel habis semua diterjahnya. Yang penting boleh jual dan tawarkan pada siapa pun yang ditemui.

Antara produk-produk yang di jual termasuklah topi, baju t-shirt, beg, rantai kunci, barangan hiasan dan sebagainya. Cukup menarik semuanya ditawarkan dalam Ringgit Malaysia melainkan diminta dalam Dong Vietnam. Semuanya dilakukan dengan semangat tidak mengalah, merayu, memujuk bersungguh memberikan tawaran yang terbaik kepada mereka yang berada di hadapannya.

Tertarik dengan semangat yang ditunjukkan. Mencuba dan mencuba sehingga berjaya. Biarlah orang nak kata apa sekalipun jual tetap jual. Tidak kira waktu siang, tengah hari, petang ataupun malam semuanya dilakukan dengan kesungguhan yang ada demi kelangsungan hidup. Semangat tidak mudah patah semangat, kecewa dan melayan dengan penuh kemesraan dan senyuman perlu dicontohi untuk kita melakukan jualan. Inilah kelebihan mereka yang melakukan Jualan Jalanan di Ho Chi Minh sehebat tentera Vietcong ketika menghadapi tentera Amerika di era peperangan suatu masa dahulu.

Baju-baju T-Shirt mudah di jual dengan harga serendah RM50 bagi 10 helai baju

Barangan hiasan juga cukup mudah untuk di peroleh

Menjual tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa

Terus menerus menjual walaupun pelancong telah berada di dalam bas untuk bertolak

Rezeki masing-masing bekerjasama menjual tanpa perlu adanya rasa dengki dan busuk hati

Ada anak kecil pun bukan satu halangan untuk melakukan jualan

Walaupun telah berusia namun menjual tetap dilakukan dengan kesungguhan yang ada

Hanya di motosikal tempat simpanan stok dan tempat menayang produk yang ditawarkan

Biarlah apa yang pelancong perkatakan namun jual tetap jual

Dengan sekeping papan yang di usung umpama membawa sebuah kedai cenderamata di jalanan bagi melakukan jualan

Pelbagai jenis dan jenama beg tangan cukup mudah di perolehi dengan nya

Pengangkutan utama dalam melakukan jualan walaupun beroda tiga


Tiada ulasan:

Catat Ulasan