Pelbagai gelagat boleh disaksikan dalam orang yang melakukan jualan. Ada
kalanya cukup kelakar, menghiburkan, serius dan ada juga yang menyedihkan.
Semua itu bagaikan sebuah lakonan bagaimana untuk menarik perhatian dan minat
orang untuk terus menerima tawaran yang ditawarkan. Pelbagai strategi, cara dan
kaedah ditunjukkan asalkan produk mampu laku dan mendapat sambutan. Itulah
detik waktu yang paling menyeronokkan dan menggembirakan kita.
Fikirkan bahawa setiap perbuatan dan tindakan kita semuanya diperhatikan
orang. Dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya menyaksikan apa yang kita
lakukan. Apa yang diperkatakan dan dilakukan menjadi satu yang perlu dijaga
dengan baik dan profesional. Jangan hanya kemukakan penampilan yang terbaik
sahaja tapi dari segi perbuatan, apa yang dipertuturkan dan tindakan adalah
sama pentingnya dengan penampilan yang kita tunjukkan. Jangan terlalu yakin apa
yang kita lakukan semuanya adalah betul dan
benar diterima oleh semua orang. Bukankah segala tindakan dan tingkah
laku menggambarkan akhlak kita? Berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan.
Lakukanlah dengan keikhlasan dan jujur sejujurnya. Orang hanya akan
mengenali kita apabila mereka telah menjadi pelanggan kita. Sebelum menjadi
pelanggan mahupun selepas pastikan segala akhlak dan perangai kita perlu dijaga rapi. Jangan biarkan perangai
tidak baik kita di hadapan orang. Sudah pasti dalam sekelip mata orang akan
hilang kepercayaan mereka terhadap kita begitu sahaja. Berhati-hati dan berwaspada
sentiasa agar apa juga yang kita lakukan dalam jualan orang akan sentiasa
hormat dan mahu mendengar apa sahaja yang kita perkatakan.
Dari Abdullah bin Amru berkata:
Nabi tidak pernah berbuat keji pada diri
sendiri dan tidak pula berbuat keji kepada orang lain. Beliau bersabda: “Sesungguhnya termasuk sebaik-baik antara kamu
semua adalah yang paling baik akhlaknya” (Hadis Riwayat Bukhari). Jagalah akhlak sebaik-baiknya
kerana bukan setakat Allah sahaja yang memperhatikan Nya tetapi manusia sekeliling
juga tetap memerhatikannya juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan