Memeningkan kepala bila kakitangan jualan yang diambil dan dilatih mengikut
acuan yang kita mahukan masih gagal bertindak melakukan jualan seperti mana
yang telah berjaya melakukannya. Seolah-olah ada batu penghalang dan pendinding
untuk mereka melakukannya yang terbaik buat dirinya. Mulalah kita sebagai ketua
atau peneraju tim jualan merasakan serba tidak kena dan timbul satu penyesalan
mengapa kita perlu mengambil dirinya pula.
Perlulah diingat mereka sebenarnya bukanlah seorang yang kalah tetapi
hanyalah tidak berprestasi seperti mana yang kita harapkan. Mungkin terdapat
banyak faktor yang mungkin kita kena ketahui kenapa ia nya terjadi di mana
antaranya adalah
i.
Salah
tugasan. Kena ketahui
di mana kekuatan dan kelemahan mereka. Pergunakan kekuatan mereka tapi jangan
sesekali menyerang kelemahan mereka. Selagi kita menyerang kelemahan mereka
sudah pasti kekuatan diri mereka langsung tidak kita sedari.
ii.
Kekurangan
latihan dan memberikan latihan. Selagi latihan tidak diberikan selagi itulah pengetahuan tentang tugasan
menjadi kabur dan terpinga-pinga dibuatnya. Jangan kerana kita dah tahu
segala-galanya kita mudah merasakan orang lain turut sama seperti kita. Elakkan
berfikiran sebegini kerana ia nya boleh menghancurkan harapan orang lain pula.
Lain orang tidak sama tahap kepandaiannya. Adunkan sebaik mungkin agar segala
masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan sebaik yang termampu.
iii.
Terlalu
baik hati dengan kakitangan yang diambil bertugas. Semuanya kita katakan ya walaupun kakitangan
tersebut melakukan kesalahan dan kesilapan yang disengajakan. Main tidak apa
sahaja asalkan kita sanggup menjaga hati dan perasaan kakitangan tersebut dari
menjaga periuk nasi kita sendiri.
iv.
Tiada
ketegasan sehingga apa
yang berlaku kita main mudah menerimanya. Sepatutnya kita yang merencanakan
pergerakan mereka melakukan jualan bukannya mereka yang menentukannya pula.
Seolah-olah semua nya ya sahaja bagi kita apa yang mereka perkatakan.
Jangan berikan perkataan-perkataan yang negatif kepada mereka seperti ‘bodoh’, ‘makan gaji buta’, ‘menyesal aku ambil’ dan sebagainya yang boleh menjejaskan
kredibiliti kita kepada mereka. Jangan serang dengan sesuka mulut kita
menyatakannya. Hormat mereka akan hilang begitu sahaja kepada kita. Satu jari
kita tuding kepada mereka bermakna tiga jari lagi ke arah diri kita menyatakan
tidak betulnya kita akan apa yang kita tudingkan. Berfikirlah dengan sebaik mungkin
sebelum kita melakukan tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan