Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 24 September 2014

APABILA BERSAHABAT




Satu perkara yang mampu memberikan inspirasi dan ikutan yang baik berada di sekeliling kita adalah kawan dan sahabat handai. Tanpa mereka pasti sunyi kita untuk menghadapi kehidupan di dunia ini. Penting untuk memastikan dalam menjalinkan persahabatan dan keakraban perhubungan, pilihlah sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan impak yang positif kepada kita. Tersalah pilih maka tersasar jauh pula kehidupan kita dari apa yang di mahukan oleh Allah SWT. Salah pilih kawan juga bermakna karier kita dalam jualan juga akan mudah musnah dan hancur begitu sahaja.

Firman Allah yang bermaksud "Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama Nya agar kamu saling meminta antara satu sama yang lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisaa' Ayat 1). Kuatnya betapa hubungan silaturahim amat diperlukan kepada diri kita. Memelihara hubungan amat di perlukan sehingga ke akhir hayat kita.

Menurut Rasulullah SAW mereka yang menjaga dan memelihara hubungan sesama manusia maka Allah SWT akan melapangkan rezeki orang yang suka menyambung tali silaturahmi. Ini janji Allah dan Allah juga akan memanjangkan umur kepada orang yang menjaga hubungan dengan siapa sahaja. Bukan mencari musuh dan lawan malah dijauhkan sama sekali apatah lagi mahu menyimpan dendam kesumat pada siapa pun juga. Dalam sabda Rasulullah SAW Barang siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari). 

Bukan kerana kepentingan melakukan jualan sahaja baru kita nak mencari kawan tetapi ini adalah tuntutan Agama. Pergunakan sebaik mungkin kerana melalui persahabatan yang baik seseorang itu boleh menjadikan diri kita sebagai

i.             Seorang penasihat peribadi

ii.           Pendorong dan pemberi semangat kepada apa yang kita lakukan

iii.          Memberi pandangan dan idea yang bernas

iv.          Tempat kita melepaskan apa yang terbuku dan tersimpan dalam hati kita

v.            Ada orang yang sudi menegur setiap kesilapan dan kesalahan diri

vi.          Mendoakan agar sama-sama peroleh kejayaan

vii.        Cubit paha kiri paha kanan turut terasa

Dan pelbagai lagi yang boleh kita peroleh andai kata kita sanggup menjaga hubungan, perasaan dan emosi seseorang untuk berkawan dan bersahabat dengan kita. Tiada satu pun yang rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang. Akhlak yang mulia sudah pasti berkawan dengan mereka yang mempunyai akhlak yang mulia juga. Jaga hati dan perasaan seseorang sudah pasti mereka juga akan turut sama menjaga dan memelihara hati dan perasaan kita juga.

Kalau ini dapat kita lakukan sudah pasti jualan kita boleh dan mampu dipermudahkan hanya kerana hubungan silaturahim yang dijaga rapi. Mereka pasti akan segan dan malu alah atas kebaikan kita kepada mereka. Peluang mendapatkan jualan berulang dan referral dari mereka juga amat mudah boleh kita peroleh. Bila kesetiaan pelanggan dapat dibina dan dilakukan maka sudah pasti jualan yang kita mahukan sudah mampu memberikan pulangan kepada kita secara konsisten setiap masa dan ketika. Jagailah setiap hubungan yang ada agar setiap oportuniti yang ada sudah pasti tidak dilepaskan begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan