Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 1 Oktober 2014

HADIRKAN KEPERCAYAAN MEREKA





Nak jual cara mudah kena usahakan cari jalan dapatkan kepercayaan bakal pembeli. Bukan jerit ‘lelong lelong’, ‘harga murah’ atau ‘siapa tak beli rugi’. Semuanya hanya satu tarikan sahaja. Adat orang nak menjual semuanya dijadikan satu sumber tarikan untuk menarik minat untuk pembeli merapatkan diri mereka sahaja kepada orang yang menjual. Nak dapatkan kepercayaan belum lagi selagi produk tersebut belum dilihat, di pegang atau tawar menawar belum dilaksanakan lagi.

Semuanya memerlukan kepercayaan. Percaya pada produk, percaya pada harga dan yang paling penting sekali percaya pada si penjualnya. Semuanya memainkan peranannya untuk mudah memikat dan mem pesona kan hati bakal pembeli. Nampak macam susah sahaja tapi kalau tidak dilakukan mana nak tahu susah atau tidaknya. Lalui dengan sebaik mungkin agar apa yang dilakukan cukup berbaloi dengan apa yang kita usahakan.

Dalam mendapatkan kepercayaan bakal pembeli akan apa yang kita lakukan pastikan kita lakukan perkara berikut terutamanya dalam kita menawarkan sesuatu produk kepada mereka. Tindakan tersebut adalah

i.                    Yakin diri
Bukan over confident tapi memadailah yang kita yakin boleh dan mampu untuk melakukannya. Tahu pengetahuan produk dan mampu jelaskan jika terdapat sebarang permasalahan atau bangkangan dalam kita menjual. Berkata benar apa yang kita perkatakan di samping menampilkan penampilan diri yang terbaik. Sentiasa mengukir senyuman, berhemah dan bersopan. Jangan sama sekali merasa riak setiap kali kita bertemu bakal pembeli kita merasa mereka cukup mudah untuk menerima tawaran. Lakukan sebaik mungkin dengan keupayaan diri yang ada.

ii.                  Tunjukkan kita membantu
Wang segala-galanya. Dapat untung baru rasa syok nak jual. Naik semangat untuk melakukannya. Relak dulu jangan gopoh sangat. Tindakan awal kena bantu mereka dulu senangkan mereka dengan memahamkan kepada mereka apa produk yang ditawarkan ini boleh membantu mereka. Kita bantu mereka sudah pasti mereka akan bantu kita pula dengan cara menerima tawaran yang dikemukakan. Barulah wujud win-win situation. Bantu dulu lepas dulu sudah pasti wang akan mengalir kepada kita.

iii.                Bersabar melayan kerenah
Dapat bakal pembeli yang cerewet dan berlagak memang tension. Inilah kerenah yang perlu kita hadapi dengan muka yang manis. Sentiasa berikan penerangan yang memuaskan walaupun terpaksa memakan masa yang panjang sedikit. Setiap kali kita bersabar sudah tentu Allah membalasnya dengan ganjaran tanpa kita sedari. Selagi kita bercakap betul dan benar secara berhemah dan bersopan kenapa perlu dirisaukan. Bersabarlah dan ingatlah Firman Allah ini yang bermaksud “Sungguh berbahagialah orang yang sabar dan mahu memaafkan, karena perbuatan seperti itu termasuk perbuatan-perbuatan yang sangat utama.” (Surah As Syura Ayat 43).

iv.               Jujur dan ikhlas
Sikap yang mudah diperhatikan oleh bakal pembeli atas penjual yang menawarkan produk. Kalau dilakukan dengan jujur dan ikhlas sudah pasti hati mereka akan lebih mudah terpaut dengan apa yang kita perkatakan. Jangan sama sekali menipu mahupun kelentong cerita yang bukan-bukan. Bakal pembeli bukannya bodoh dan mudah menerima apa yang diuar-uarkan. Tunjukkan akhlak yang baik bukan lakonan kerana lambat laun sudah pasti mereka akan ketahui juga nanti sama ada apa yang kita lakukan betul ataupun tidak. Berhati-hatilah.

Lakukan sebaik mungkin. Sahabat-sahabat Rasulullah pernah bertanya “Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?” lalu Rasulullah SAW menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat At-Thabarani). Amat terpuji kalau akhlak kita cukup kita jaga dan pelihara dengan begitu baik sekali. Akhlak yang baik sudah semestinya akan lebih memudahkan lagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan mereka atas apa yang kita lakukan. Bertindak sebijak-bijaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan