Sumber foto : www.networkedblogs.com |
Menjual memang menyeronokkan kalau kena dengan gayanya. Mereka mudah
menerima, ceritakan yang baik-baik pada produk kita dan sanggup berbelanja
besar hanya kerana produk yang ditawarkan. Memang best kalau
setiap hari jualan kita diterima sentiasa. Tapi itu hanya harapan sahaja.
Realiti kena sedari jangan hanyut dalam mimpi yang indah sahaja. Bukan semua
harapan dan impian boleh berlaku semudah mengira 1,2,3....
Satu kaedah yang perlu kita lakukan dalam menjual adalah dengan menarik
perhatian mereka terlebih dahulu untuk berminat dengan tawaran yang mahu kita
tawarkan. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah
i.
Penampilan menarik perlu ada yang
bersesuaian dengan apa yang kita lakukan
ii.
Pertuturan yang mesra alam kena pandai dipergunakan dengan senyuman
manis setiap masa
iii.
Penerangan yang bersahaja memberikan kefahaman
yang jelas, padat dan ringkas
iv.
Berikan nasihat bukan menjual terus
v.
Jangan pilih bulu tapi berinteraksilah dengan
sebaik yang mungkin tanpa mengira siapa pun juga
vi.
Mood kena jaga. Sentiasa ceria dan meyakinkan
vii.
Komitmen kena 100%. Komitmen pada produk, pengeluar
dan pelanggan
viii. Berkata benar walaupun
mungkin ada yang menyakitkan
Lakukan secara berhemah dan bersopan. Kesan masalah mereka agar mudah hulurkan
bantuan melalui produk yang ditawarkan selesaikan masalah mereka. Bersungguh melakukannya
agar mata dan hati mereka begitu berminat dengan apa yang kita tawarkan. Jangan
mengharap sahaja tapi usaha kena ada dan jitu. Barulah boleh menjadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan