Sumber foto : gantharwa.org |
Melakukan
jualan sememangnya menyeronokkan kalau betul dengan gaya dan caranya. Bukan
omongan kosong tapi satu realiti dalam mencari sesuap nasi bekalan kehidupan
yang serba mencabar di masa kini. Memang memenatkan dan meletihkan bila tugasan
yang dilakukan tiada minat langsung untuk dilakukannya. Inilah cabaran dan
dugaan yang perlu ditempuh dengan sebaik mungkin mengikut semangat dan
kesungguhan dalam melakukannya.
Di
dalam melakukan jualan terdapat tiga situasi yang perlu untuk kita ketahui
apabila melakukan jualan. Tidak kiralah sama ada kita sedari ataupun tidak,
menempuhnya perlu kita ambil perhatian sewajarnya. Tiga situasi yang
dimaksudkan ini adalah
PERTAMA
:
Memastikan bahawa apabila mendapatkan penutupan jualan
komitmen dari mereka bakal pembeli perlu diperoleh terlebih dahulu. Tanpa
komitmen mereka sudah pasti janji mereka tidak ke mana. Setakat janji kosong
sahaja memang akan menyukarkan tugasan kita. Paling kurang pun minta sejumlah
wang ringgit sebagai tanda persetujuan mereka menerima tawaran bagi pembelian produk.
Umpama mahu membeli rumah atau kenderaan, sudah pasti mereka wang menjual akan
meminta wang pendahuluan atau cengkeram terlebih dahulu sebagai tanda
persetujuan menerima tawaran walaupun kadang-kadang pinjaman boleh diperoleh
100%. Pentingnya mendapatkan komitmen bukan setakat janji kosong dari mereka
sahaja.
KEDUA :
Bezakan
dengan pesaing agar tidak sama atau stereotype seperti mereka.
Produk sama atau lebih kurang sahaja tapi bagaimana kita menjualnya boleh mencuri
dan mengambil perhatian mereka. Kreativiti amat diperlukan. Memberikan satu
kelainan dengan segala kelebihan yang ada pada produk dan diri kita perlu kita
pergunakan dengan sebaik yang mungkin. Jangan dipersiakan tapi pergunakan
dengan sebaik mungkin. Bersaing secara sihat buktikan yang kita sememangnya
mampu untuk bersaing untuk mendapatkan pelanggan hanya dengan tawaran dan
perundingan yang benar-benar dapat memikat hati dan perasaan mereka yang berada
di hadapan kita.
KETIGA :
Sensitif
dengan situasi sekeliling. Jangan biarkan kita menjual syok sendiri merasakan
apa yang kita jual boleh laku dan diterima orang bulat-bulat begitu sahaja.
Adakah produk kita masih relevan dengan mereka. Masih mampu kah produk yang
ditawarkan dapat menyelesaikan segala masalah yang mereka tanggung selama ini?
Menjuallah dengan cara dan kaedah yang paling mudah dengan mengetahui dahulu
apa yang mereka mahukan di pasaran dari mudah terpengaruh kata-kata orang lain.
Jangan fikirkan untung dahulu. Buang rasa tamak kita nak untung gila-gila dari
menanggung kesukaran apabila menjual pula nanti.
Bertindak
mengikut apa yang terbaik dalam diri kita dari mengikut kata-kata orang lain
yang mahukan kita jatuh tertiarap dan menyukarkan tugasan jualan kita. Dunia
yang penuh dengan hasad dengki dan tidak mahu melihat kejayaan orang lain perlu
untuk kita hindari. Jangan terikut tapi jangan sampai memutuskan silaturahim.
Allah kurniakan akal fikiran berfikirlah sebaik mungkin dan pergunakan apa yang
ada. Carilah ilmu di mana sahaja
perbaiki dan perbetulkan mana yang sepatutnya. Tanpa ilmu setakat pandai
bercakap pasti tidak ke mana pun juga. Berkawanlah dan rapatkanlah diri dengan
mereka yang positif dan berjaya agar kita juga turut sama setidak-tidaknya
seperti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan