Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 16 Oktober 2014

SAAT PERTEMUAN




Berjumpa, bertemu dan bersua sama ada dirancang atau kebetulan perlu pada adabnya. Bukan untuk bersentuh bahu atau buat tak tahu sahaja. Kena lakukan sesuatu agar mereka yang berada di hadapan kita akan mudah merasa seronok, gembira dan sanggup menerima kehadiran kita. Maklumlah nak menjual, etika dan tingkah laku kena jaga dengan baik sama sekali. Melakukan secara berhemah dan bersopan amat dituntut agar mereka tidak mudah merasa bosan atau boring pula pada kita.

Pastikan apabila berjumpa kita lakukan tindakan-tindakan seperti berikut

i.             Sentiasa mengukir senyuman bukan ketawa. Bukankah dengan satu senyuman merupakan satu sedekah? Berapa banyak pahala yang boleh kita dapat andai kata kita jadikan senyuman ini satu tabiat semula jadi buat kita. Tiada siapa pun apabila ternampak orang tersenyum padanya sudah pasti dengan senyuman juga akan dibalasnya balik. Betapa besarnya hikmah yang tersembunyi kalau kita sentiasa senyum dengan orang yang kita temui.

ii.           Sesusah hati macam mana pun kita lakarkan keceriaan wajah kepada mereka. Mungkin ada yang serabutkan fikiran kita namun kerana melakukan tugasan dan hendak menjual kena abaikan apa yang kita fikirkan buat seketika. Keceriaan dan kegembiraan memberikan kesan positif kepada mereka yang menatap wajah kita. kalau kita monyok sahaja sudah pasti perbualan akan terhenti dengan tiba-tiba malah fikiran yang berserabut kita tadi akan bertambah-tambah pula jadinya.

iii.          Bersalam jika jantina yang sama atau tundukkan kepala sedikit tanda kita hormat kepada mereka jika berlainan jantina pula. Jangan kerana terpengaruh habis kita gadaikan adab agama yang begitu melarang kita bersentuhan dengan siapa pun juga. Jaga perintah Allah sudah pasti Allah akan menjaga kita.

iv.          Berilah tumpuan dan fokus yang sewajarnya. Tahu apa yang hendak dilakukan bukan seperti kera kepanasan pula. Bertenang sentiasa dan berfikir seperti seorang konsultan jualan yang mereka cari selama ini. Kena confident lah agar mereka turut sama confident dengan apa yang mahu kita lakukan. Pastikan tidak panik atau gubra pula sudahlah.

v.            Lontarkan suara yang cukup berhemah dan bersopan. Titipkan unsur-unsur humor dan menghiburkan hati mereka terlebih dahulu sebelum hendak menjual. Ambil feel dahulu dapatkan mood yang baik dapat membantu kita melakukan jualan. Lakukan secara semula jadi bukan dipaksa-paksa.

Tindakan yang betul dan terbaik pasti memberikan sesuatu impak yang berkesan dalam kita menjual. Kenal ataupun tidak itu tidak penting. Amat penting adalah semasa kita bertemu dan bersua dengan mereka. Pergunakan kesempatan yang ada jual dengan sebaik-baiknya. Terima atau tidak bukan hak kita kerana hak kita adalah menjual. Biar mereka yang menentukan atau menetapkannya. Jangan risau rezeki ada di mana-mana, selagi tindakan yang kita lakukan itu betul kenapa perlu risau dan bimbang. Lakukan sahaja pasti akan ada sesuatu yang menggembirakan kita pada penyudahnya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan