Sumber gambar dari accbrothersquad.wordpress.com |
Kita bukannya manusia yang sempurna. Bila berhubung dengan seseorang dalam
melakukan jualan mungkin tanpa kita sedari ada melakukan kesalahan dan
kesilapan yang tidak disengajakan. Sama ada kita sedar atau diberi teguran maka
carilah jalan untuk menyelesaikan segera atas kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan. Jangan dibiarkan berlarutan dikhuatiri nanti sampai bila pun mereka
akan hilang kepercayaannya terhadap kita.
Lakukan secara berhemah dan bersopan. Jangan menyombong sentiasa merasakan
kita lakukan jualan adalah sempurna dan tidak pernah sama sekali menyakitkan
hati seseorang. Bila ada perasaan riak mahupun takbur kita akan lupa
segala-galanya. Percayalah dan yakinilah bahawa selagi adanya perasaan riak dan
takbur ini menguasai diri kita selagi itulah jualan kita pasti tidak ke mana
jua akhirnya.
Bila telah diketahui di mana salah dan silap kita maka mohonlah kemaafan
kepada mereka merendah diri mengakui akan kesilapan dan kesalahan yang telah
dilakukan. Jangan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja tapi lakukanlah
dengan bersungguh-sungguh dengan cara
i.
Ikhlas dan jujur sejujurnya akan apa yang
telah berlaku dan dilakukan memaklumkan kesalahan dan kesilapan kita.
ii.
Nyatakan apa kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan walaupun mereka sememangnya telah mengetahui kesilapan dan kesalahan
yang kita lakukan itu.
iii.
Jangan lari tapi bertanggungjawablah
sepenuhnya walaupun begitu pahit untuk kita menanggungnya.
iv.
Elakkan dari memberi sebarang alasan dan
ulasan dengan lebih lanjut lagi.
v.
Tarik kepercayaan mereka semula dengan cara
berjanji untuk buktikan semula perbetulkan semula akan apa juga kesalahan dan kesilapan
yang dilakukan.
vi.
Lakukan secara berhemah dan bersopan merendah
diri menyesal akan apa yang berlaku dan dilakukan.
vii.
Pastikan apa yang diperkatakan dilakukan bukan
setakat janji kosong sahaja.
Jangan malu dan mudah merasa bimbang, gentar, risau dan takut akan apa yang
dilakukan. Berlapang dada memaklumkan kemaafan kita sudah pasti mereka juga akan
berlapang dada terhadap kita. Mungkin akan ada juga melenting marah dan kecewa namun
kita yang mengalah dulu kena ambil risiko demi menjaga maruah dan tugasan kita melakukan
jualan. Dah kita yang lakukan kesilapan dan kesalahan kena redha lah jawabnya demi
menjaga masa depan dan periuk nasi kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan