Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 21 Oktober 2014

TAK MENJUAL PUN




Sering kali terdengar ungkapan ‘jangan risau, tak perlu menjual apa-apa pun, guna sendiri sahaja....kalau nak cepat balik modal atau nak untung banyak cari orang lain duduk bawah kita’. Satu ungkapan yang penuh dengan perangkap minda. Dengar untung ribu-ribu memang mudah terpesona dan memikat hati dan  perasaan. Segala kesukaran kita rasakan cukup memikat dibuatnya. Rasa mudah cukup menyenangkan sememangnya orang yang menjual tu cukup pandai bermain kata-kata. Tambahan pula yang menjual tu adalah orang yang sangat-sangat kita kenali.

Fikirlah secara waras. Tak perlu jual produk tapi kena cari orang. Mencari orang pun di kira menjual juga menarik minat orang jadi seperti kita agar downline nanti mencari dan menaja orang lain pula di bawahnya. Boleh makan komisen pula dan dapat pendapatan. Biasanya sistem piramid akan digunakan. Siapa duduk paling atas dia paling kaya paling beribu wang ringgitnya. Ada juga yang berjaya tapi tak mustahil lagi ramai yang menanggung kerugiannya.

Hilang seratus dua kerana membayar wang keahliannya mungkin tidak mengapa asalkan kita niat nak tolong kawan kononnya. Tapi walaupun seratus dua duit juga namanya. Beli atau bayar perkara yang berfaedah lagi elok dan bermanfaat kita lakukan. Berfikirlah dahulu sebelum membuat keputusan. Berilah keputusan yang terbaik dalam hidup agar segala perbelanjaan dalam hidup kita terkawal dan berfaedah buat diri kita sendiri jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan