Segala pengetahuan dan pengalaman bakal pelanggan
jangan diabaikan. Apa yang mereka tahu dan alami pada penggunaan produk kita
mahupun pesaing kita perlu diambil berat sama. Mungkin boleh memedihkan telinga
kita disebabkan komplen itu dan komplen ini tapi untuk mengetahui
kelemahan produk dan servis kita mahu tak mahu kena ambil tahu. Pekakkan sahaja
telinga kita tahan sabar dan elakkan mudah menjadi marah yang bukan-bukan. Yang
penting apa yang mereka perkatakan boleh dijadikan pengajaran dan iktibar buat
kita perbaiki semula mana-mana bahagian jualan kita yang didapati ada kelemahan
dan kekurangannya pula.
Ada petuanya kalau nak selamat dalam menjual
pastikan terlebih dahulu jangan sama sekali
i.
Mudah memandang rendah keupayaan dan
pengetahuan mereka. Pengalaman mereka mungkin mampu menjana untuk kita jadikan
satu pengalaman baru buat kita. Jangan mudah berlagak merasakan mereka serba
tak tahu walaupun mereka asyik berdiam diri membisu seribu bahasa. Berhati-hati
dalam memberi penerangan dan keterangan produk dan servis kita. Sekali mereka
mengeluarkan suara dikhuatiri nanti tak terjawab pula.
ii.
Jangan mudah membuat dan
melakukan andaian dan
tanggapan yang bukan-bukan terhadap mereka. Mudah sangat memandang rendah keupayaan
mereka nanti kita yang terjebak balik tak tahu nak jawab apa pula untuk
pertahankan dan membalas apa yang mereka persoalkan pula nanti. Jangan sukarkan
keadaan kerana andaian dan tanggapan kita itu.
iii.
Siapa pun di hadapan
kita jangan bersangka buruk merasakan mereka tidak
mahu untuk menerima, tidak mampu dan tidak berminat langsung. Selagi tidak
diberikan penerangan dan kefahaman terhadap mereka tentu terlalu sukar nanti
untuk menjual pula. Jangan terlalu memilih dan cerewet. Selagi kita ikhlas dan
mahu membantu siapa pun juga sudah pasti ada yang akan terkulai dengan tawaran
yang akan kita kemukakan nanti.
iv.
Jangan sama sekali menipu dan kelentong yang bukan-bukan. Sentiasa jujurlah
dalam apa juga tindakan kita melakukan jualan. Sekali orang tahu kita kaki
menipu sampai bila-bila sudah pasti mereka tidak akan mahu mempercayainya lagi.
Berikan yang terbaik. Kejayaan bukan datang kalau
empat perkara di atas kita amalkan. Jujur dan ikhlas dalam menjual. Berkata
benar walaupun mungkin ada kepahitannya dikhuatiri ada yang tidak mampu kita
sorokkan. Selagi segala kebaikan, kelebihan dan kehebatan produk dan servis
kita jual pada produk yang kita tawarkan nanti sebagai satu nilai tambahan buat
mereka sudah pasti pada akhirnya akan diterima juga pada akhirnya. Asalkan dapat
selesaikan masalah mereka itu lebih diutamakan. Bersusah-susah dahulu tapi di
kemudian hari nanti bersenang-lenang pula mampu untuk kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan