Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 23 Oktober 2014

KENAPA PERLU RASA LEKEH?


Sumber foto : elitedaily.com

Kita terlalu merendah diri. Sampai sanggup merasakan apa yang kita lakukan ini hanya mengganggu dan mengubah pendirian mereka sahaja. Kita sendiri sahaja yang menganggap apa yang dilakukan adalah melakukan apa yang kita suka sahaja tanpa perlu fikirkan orang lain. Habis kita kacau dan ganggu orang lain bagi memastikan jualan kita dapat terjual. Memang mengharukan kerana sibuk memikirkan hati dan perasaan orang lain sehingga boleh mengganggu pula sangkaan positif kita untuk menjual.

Nak menjual nak laku apa yang kita tawarkan terpaksa tebalkan muka beranikan diri untuk melakukannya. Buang jauh-jauh apa yang ada dalam fikiran kita ditakuti boleh mengganggu dan menyibuk pula pada urusan mereka. Nak menjual kena jual sahaja. Jangan fikir yang bukan-bukan atau yang boleh mendatangkan kerisauan diri kita pula. Sasaran bakal pelanggan yang kita mahukan bukannya buat main hentam kromo begitu sahaja. Semua tindakan kena betul dan tepat agar mereka tahu kehadiran dan kedatangan bukan mengganggu mereka. Tindakan yang betul  agar orang tidak perlekeh dan perleceh tindakan kita adalah dengan cara

i.             Niat kena betul kerana kehadiran kita untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan 

ii.           Beri penerangan dengan jelas dan tepat agar apa yang disampaikan difahami oleh mereka. Pentingnya kita mengetahui secara mendalam tentang produk yang ditawarkan 

iii.          Dengar dengan teliti fahami apa masalah yang mereka tanggung selama ini agar dapat menyelesaikan masalah mereka menerusi produk yang ditawarkan

iv.          Berikan solusi bukan main jual begitu sahaja agar mereka berpuas hati dengan apa yang kita tawarkan

v.            Berundinglah sebaik mungkin agar mereka benar-benar merasakan tidak di tipu dan betapa jujurnya kita melakukan penawaran

Lakukan secara berhemah dan bersopan. Tolong jangan kurang ajar menyombong tidak bertempat walaupun produk kita paling top dan hot dalam pasaran. Kita yang berkehendakkan jadi kitalah kena merendah diri memberikan apa yang termampu untuk menarik minat dan memikat hati mereka. Bukan mudah tapi tidak mustahil untuk melakukannya. Kita bukannya peminta sedekah. Sedangkan Rasulullah dan ramai sahabat-sahabat juga ahli perniagaan. Kenapa perlu rasa lekeh akan apa yang kita lakukannya? Berfikirlah sejenak kerana 9/10  punca rezeki adalah hadir dari dunia perniagaan. Lakukan sahaja asalkan niat kita betul dan ikhlas tiada siapa pun yang boleh melarang dan menghalangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan