Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 7 Oktober 2014

MENANTI BAJET 2015



Sumber gambar : www.bharian.com.my


Tak lama lagi pembentangan bajet akan diadakan. Setiap tahun Perdana Menteri sudah pasti akan membentangkan apa rancangan dan perancangan pihak Kerajaan demi memastikan negara masih di tahap yang dimahukan. Rakyat pasti ternanti-nanti apa bajet kali ini akan apa yang mahu dibentangkan dan diperkatakan. Apakah hala tuju dan kehendak Kerajaan Malaysia lakukan dan mahukan terutamanya kehadiran tahun 2015.

BRIM (Bantuan Rakyat Satu Malaysia), GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) mahupun kesan kenaikan petrol baru-baru ini sudah pasti akan di bincangkan lagi. Apa rakyat akan peroleh dan apa yang kerajaan akan dapati dan belanjakan semua menjadi perhatian rakyat. Maka akan jadilah terlalu ramai pakar-pakar akan memberi hujah dan pendapat di media-media utama sama ada media penyiaran dan media cetak menyokong 100% apa juga yang di perkatakan oleh Dato Seri Perdana Menteri nanti sebagai seorang Menteri Kewangan 1 Negara walaupun mungkin ada majoriti rakyat tidak menyetujuinya.

Nampaknya kos kehidupan naik sehebat kenaikan harga petrol baru-baru. Ramai yang bersungut dan merungut bagaimana untuk mengurus perbelanjaan kehidupan dipadankan dengan pendapat yang diterima. Semuanya kena diseimbangkan agar apa juga perbelanjaan yang dibelanjakan tidak sama sekali melebihi apa yang diperoleh. Mungkin yang menjual sudah pasti antara menaikkan harga yang dijual ataupun terpaksa menambah jam menjual hanya semata-mata untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Itulah yang mampu dilakukan dari berterusan mengeluh dan mengkritik kerajaan seolah-olah pemimpin negara hanya mendengar di telinga kiri dan terus terusan keluar pula di telinga kanan.

Mampu kah kita melakukan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang dalam kehidupan kita? Di mana tabungan kita dan bagaimana pula pelaburan jika untuk harta dan anak-anak kita. Semuanya perlu difikirkan dengan bijaksana dan berhemah. Dah biasa makan ayam tak kan setiap masa nak makan telur ayam sahaja. Selera makan perlu di jaga sedangkan Rasulullah pun melarang kita berpuasa setiap hari melainkan bulan Ramadhan. Inilah harapan rakyat pada bajet kali ini mengharapkan sesuatu yang positif akan diberikan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan menengah. 

Sememangnya kesan kenaikan petrol baru-baru ini cukup mencengkam dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Bagi yang menjual terpaksa memikirkan sama kos pengangkutan untuk bertemu bakal pembeli dan pelanggan ke hulu ke hilir walaupun hanya bermotosikal sahaja. Semuanya terpaksa dihadapi dengan berlapang dada dengan hati yang terbuka. Menghadapi sebarang kemungkinan walaupun di luar jangkaan perlu disemadikan dalam hati walaupun terpaksa dan dipaksa. Berdoalah ke hadrat Allah agar apa juga tugasan yang kita lakukan dipermudahkan sentiasa melakukannya walaupun masing-masing akan cuba pertahankan dengan bajet sendiri yang serba ada. Panjatkan doa juga agar Allah sentiasa membuka hati dan perasaan pemimpin-pemimpin kita sentiasa memikirkan tindakan terbaik buat kepentingan rakyat jelata semua. Nantikan pembentangan Belanjawan Bajet Baru Negara tidak lama lagi nanti agar akan ada berita-berita gembira dalam mengharungi kehidupan sehari-harian kita di masa akan datang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan