Selama tempoh dakwah Nabi Nuh, dapat kita lihat bagaimana baginda mencurahkan
keprihatinan kepada kaumnya dengan tutur kata yang lembut dan berhikmah. Nabi
Nuh tidak putus asa mengajak mereka supaya beriman, bahkan baginda menggunakan
pelbagai kaedah dalam berdakwah. Nabi Nuh berdakwah kepada mereka siang dan
malam sama ada dengan sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan seperti
diterangkan dalam surah Nuh ayat 5 hingga ayat 9 bermaksud
5. (setelah puas menyeru
mereka), Nabi Nuh berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, Sesungguhnya Aku
telah menyeru kaum ku siang dan malam (supaya mereka beriman);
6. "Maka seruan ku itu
tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka
melarikan diri (dari kebenaran).
7. "Dan Sesungguhnya
aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan
dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya Dengan jari masing-masing,
dan berselubung Dengan pakaiannya, serta berdegil Dengan keingkarannya, dan
berlaku sombong takbur Dengan melampau.
8. "Kemudian Aku telah
menyeru mereka Dengan terang-terang;
9. "Selain dari itu,
Aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai Dengan
berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan Dengan
perlahan-lahan.”
Sayyid
Qutb dalam tafsirnya, Fi Zhilalil Quran mengatakan
Nabi Nuh as tidak ada waktu rehat. Baginda tidak pernah mengenal erti bosan,
jenuh dan putus asa dalam menyampaikan seruan dakwah. Ini sekali gus
membuktikan baginda gigih mengajak kaumnya kepada Islam. Bukan pada waktu siang
sahaja nabi Nuh berdakwah, malah pada sebelah malamnya juga baginda terus
menjalankan tanggungjawabnya.
Jelas Nabi Nuh as memiliki tekad yang kuat,
keberanian, kesabaran dan sering bertawakal kepada Allah. Ini adalah kunci
penting bagi kita supaya terus istiqamah dalam menyebarkan keindahan dan
kebenaran Islam ke seluruh pelosok dunia.
(Petikan
dari buku Misteri Nabi Nuh karangan Ahmad Iqram Mohammad Noor ms 131 – 132).
Tekad dan nekad yang telah ditunjukkan oleh
baginda Nabi Nuh as walaupun terdapat pelbagai halangan, rintangan, cabaran dan
dugaan yang perlu di tempuh semuanya dilakukan dengan berlapang dada hati yang
terbuka. Tanpa mengira masa dan ketika tetap gigih melakukan usaha dakwah
kepada kaumnya walaupun mengetahui betapa keras dan sukarnya mengajak mereka ke
arah yang Allah mahukan.
Melakukan jualan memang memerlukan tekad
dan nekad untuk melakukannya. Walaupun mungkin berhadapan dengan bakal pembeli
yang tegar dan sukar untuk diramalkan, tapi kalau kita tetap gigih dan komited
mahu melakukannya tanpa mengira masa dan ketika sudah pasti kita masih mampu
untuk melaksanakannya. Seperti Nabi Nuh yang mempunyai tekad yang kuat,
keberanian, kesabaran dan sering bertawakal kepada Allah sudah tentu kalau kita
lakukan perkara yang sama pasti mampu
juga kita mencapai kejayaan seperti yang diidamkan. Sentiasa istiqamah dan konsisten
dalam melakukannya tanpa mengenal putus asa dan kecewa dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan