Dengan segala usaha dan kudrat yang ada telah kita curahkan segala-galanya
memberikan penerangan dan penjelasan yang dimahukan. Berbuih-buih mulut tanpa
mengira siapa pun di hadapan kita bersabar dan tetap bersabar asalkan mereka
faham dan mahu berurusan dengan kita. Semua yang dilakukan terasa betul dan
benar sama sekali tanpa adanya sebarang kecacatan dan kekurangan. Begitulah
kita dalam menjual sentiasa memberikan yang terbaik buat mereka di luar sana.
Kita betul dah tapi malangnya mereka masih merasakan kita masih tidak betul
dan tidak mahu untuk menerimanya. Terasa penat dibuatnya apa yang kita tawarkan
sama sekali tidak diterima oleh mereka si bakal pembeli. Hebat macam mana pun
kita lakukan jualan tetap berkeras untuk mereka masih tidak mahu menerimanya.
Alangkah malangnya nasib kita rasakan ketika itu. Dalam hati hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya betapa kecewa dan luluhnya hati dan perasaan kita atas
kegagalan jualan yang dilakukan.
Jangan mudah mengeluh dan merungut. Tetap pertahankan kesabaran kita.
Jangan sampai menjadi putus asa dan kecewa yang bukan-bukan. Bukankah segala
yang berlaku itu ada hikmah. Sekali gagal bukan gagal seterusnya. Hadapi dengan
berlapang dada dengan hati yang terbuka. Bersangka baik kerana mereka juga ada hak
untuk menentukannya. Mungkin ada kesilapan atau kekurangan yang telah kita lakukan.
Muhasabah semula lakukan penilaian semula mengesan segala kekurangan dan kesilapan
yang telah kita lakukan untuk diperbetulkan semula secepat mungkin. Bak kata Sayidina
Umar Al-Khattab ‘Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung nanti’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan