Tertarik saya
apa yang telah di siarkan dalam Sinar Harian 13 Oktober 2014, bagaimana seorang
peniaga Cendol melakukan promosinya di Kuala Selangor. Terdapat kelainan dan
kreativiti dalam melakukan jualannya. Antaranya adalah
i.
Penggunaan
nama cendol bakar tersebut. Ramai yang tertanya-tanya adakah cendol yang di
jual itu dibakar terlebih dahulu?
ii.
Pengurangan
harga 20 sen bagi menampung kenaikan minyak
iii.
Jualan
turut disediakan laluan khas bagi pembelian melalui pandu lalu
iv.
Percuma
bagi mereka yang OKU dan miskin
v.
Kawalan
trafik oleh RELA
vi.
Kain
rentang yang mudah difahami, jelas dan dipasang di kawasan strategik
vii.
Mesra
pelanggan
Hebat
promosinya. Tidak hairan, cukup berkeupayaan untuk menarik seramai yang mampu
untuk mengunjunginya dan merasai cendol yang dijualnya. Hanya menjual air
pelepas dahaga bagi mereka yang lalu lalang di kawasan tersebut mampu menjana
pendapatan yang diidamkan. Di mana ada kemahuan sudah pasti ada jalannya.
Mungkin ideanya boleh kita ikuti dalam melakukan jualannya. Terbukti ada
keberkesanannya. Selagi tidak mencuba selagi itu tidak kita ketahui, dah
mencuba barulah pelbagai idea dan ilham akan menjelma lagi bagi melariskan lagi
produk kita untuk dijual.
Artikel yang baik
untuk di baca tatapan bersama :
DALAM pada rakyat berdepan kenaikan
harga minyak, Cendol Bakar telah melakukan satu perubahan drastik iaitu
menurunkan harga 20 sen, sebagai salah satu kelainan terbaru yang ditawarkan
untuk pelanggannya.
Promosi
potongan harga 20 sen untuk semangkuk cendol dari RM2 menjadi RM1.80 itu
diberikan kepada semua pelanggan sehingga 30 Oktober ini melalui kain rentang
yang dipasang di hadapan premis yang cukup popular di Kuala Selangor.
Lebih menarik,
cendol dengan pelbagai jenis perisa itu turut diberikan secara percuma kepada
golongan fakir miskin dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) di kaunter.
Tinjauan Sinar
Harian mendapati, lokasi premis jualan Cendol Bakar yang terletak di
persimpangan berhampiran Assam Jawa itu cukup sesak dipenuhi orang ramai
lebih-lebih pada hujung minggu sehingga terpaksa menggunakan khidmat anggota
Rela untuk mengawal lalu lintas.
Bercakap mengenai
promosi istimewa itu, pemilik Cendol Bakar, Rifhan Farhan Mohamad Arif, 25,
berkata, inisiatif itu dibuat selepas mengambil kira kesusahan rakyat yang
berdepan pelbagai bebanan kos hidup, selepas subsidi minyak RON95 dikurangkan.
Sebagai peniaga katanya, dia perlu prihatin dengan masalah yang membebani
pengguna termasuk mengurangkan harga makanan itu sebanyak 20 sen berbanding
harga asal.
“Promosi ini juga
boleh memperkenalkan produk cendol kami dengan lebih meluas dan ternyata
sambutan diberikan cukup menggalakkan.
“Kain rentang di
depan premis memang banyak bantu. Pelanggan pun dapat nikmati cendol dengan harga
yang rendah dan berpatutan.
“Kami ini orang
biasa saja tapi kena main peranan buat perubahan seperti ini. Dengan cara
menurunkan harga boleh bantu kurangkan beban pelanggan,” katanya kepada Sinar
Harian semalam.
Tarikan utama
gerai
CENDOL Bakar bijak
menggunakan promosi. Kain rentang yang mempromosikan pelbagai tawaran kepada
pelanggan menjadi nadi utama selain namanya yang unik.
Malah bukan sekadar
berniaga, soal kebajikan pelanggan menjadi keutamaan pemiliknya. Cendol Bakar
tidak melupakan nasib golongan kurang berkemampuan apabila meneruskan pemberian
cendol percuma kepada orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.
Menurut Farhan,
sejak dari awal pembukaan Cendol Bakar cendol percuma kepada golongan itu tidak
dilupakan sehingga sekarang.
"Saya mahu beri
peluang kepada golongan ini menikmati cendol seperti pelanggan lain...biar
mereka dapat nikmati produk kami.
“Sebagai peniaga,
kita kena saling bantu tangani masalah kenaikan harga minyak ini. Apa yang
penting, mesej untuk tidak membebankan orang kurang berkemampuan ini diharapkan
‘sampai’ sekali gus dapat membantu.
"Kita mahu
semua pihak buka mata dengan bebanan yang terpaksa ditanggung disebabkan
kenaikan minyak,” katanya.
Sejarah Cendol
Bakar
CENDOL Bakar penuh
dengan keunikannya tersendiri. Bukan sahaja namanya yang mampu mengelirukan
pelanggan, namun tawaran demi tawaran yang dibuat pemiliknya kepada pengunjung
gerai menjadikan premis tepi jalan ini begitu menyerlah dan popular.
Di Kuala Selangor,
Cendol Bakar sudah begitu sinonim. Pendek kata, penduduk di kawasan itu sudah
biasa merasa malah mungkin menjadi pelanggan tetap.
Cendol Bakar tiada
kaitan dengan cara pembuatannya. Ia tidak dibakar malah cara penyediaannya sama
seperti cendol lain. Sebaliknya, pemilik gerai menggunakan nama datuknya Bakar
(Abu Bakar Saidin) untuk perniagaannya itu.
Cendol Bakar tidak
'menipu' pelanggan itu diakui beberapa pelanggan. Mereka tertarik kerana
keunikannya yang menyediakan konsep pandu lalu.
Tindakan pemilik
Cendol Bakar menyediakan laluan pandu lalu kepada pelanggannya dipuji kerana
pelanggan tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk dapatkan cendol.
Bagi seorang
pengunjung, Tengku Suzila Tengku Ismail, 39, dia tertarik untuk membeli cendol
di situ disebabkan ada khidmat pandu lalu.
“Saya langsung tak
terfikir cendol di sini dibakar. Memang dah dapat agak mungkin itu nama
pemiliknya. Lagipun tak ada kesan terbakar...tapi saya adalah tertanya-tanya
kenapa namanya Cendol Bakar.
“Bila datang, saya
jadi seronok sebab ada pandu lalu...itukan satu yang baru dan memang buat saya
tertarik untuk datang. Tempat pun menarik, ada macam-macam jenis,” katanya.
Seorang lagi
pengunjung, Noraini Abd Hamid, 47, akui tidak tertipu dengan nama cendol
yang mungkin telah mengelirukan orang ramai.
“Saya memang tahu
itu nama bukannya dibakar. Tapi tak tahulah kalau orang lain anggap cendol itu
dibakar. Kalau betul dibakar memang ajaiblah. Saya dah pernah makan
memang sedap. Memang tak ada kesan terbakar pun,” katanya berseloroh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan