Salah satu aktiviti penting dalam melakukan
jualan adalah pembukaan kaunter. Kerap kali bila adanya pembukaan kaunter
menyaksikan pembukaan kaunter jualannya tertumpu di tempat-tempat tumpuan orang
ramai. Sasaran yang ada adalah di lokasi
yang ramai pengunjungnya di tempat tersebut. Mustahil kita akan menyaksikan
orang yang membuka kaunter hanya berminat apa tempat yang sunyi dari orang
ramai.
Masalahnya bagaimana mendapatkan perhatian
orang ramai yang sering lalu lalang di hadapan kaunter yang dibuka? Inilah
persoalan yang perlu untuk kita ketahui dengan lebih mendalam lagi agar setiap
tindakan membuka kaunter ada hasilnya. Biar penat melayan asal hasil boleh
ditemukan. Semuanya bergantung pada pemilihan lokasi yang baik dengan strategi
yang betul dalam menarik orang ramai mengunjungi kaunter yang dibuka.
Bukan senang nak tarik perhatian apatah lagi
minat orang untuk hadir dan datang ke kaunter yang dibuka. Datang untuk
menjenguk pun sudah dikira Alhamdulillah. Begitulah besarnya harapan kita.
Begitu mengharap dan amat berharap. Namun begitu terdapat satu konsep yang
bersesuaian boleh diguna pakai bila adanya kita membuka kaunter di mana-mana
kita rasakan amat bersesuaian iaitu dengan menggunakan konsep A.I.D.A. Satu konsep
dalam menjual yang boleh kita praktikkan sama di mana maksud A.I.D.A tersebut
adalah
A : Awareness – Tarikan perhatian mereka
agar kehadiran kita amat di ketahui. Berdiri sahaja tanpa sebarang tindakan
walaupun paparan iklan dan promosi di tayang secara besar-besaran masih tidak
ke mana juga mampu menghasilkan apa yang dimahukan. Biar mereka sedar dan tahu
apa yang kita boleh lakukan pada mereka.
I : Interest – dapatkan minat dan
kecenderungan mereka dengan apa produk yang ditawarkan. Pamerkan dan edarkan flyers-flyers
yang sepatutnya. Jangan dibiarkan hanya meja dan kerusi sahaja terdapat di kaunter
tersebut. Penampilan diri amat penting sebagai tarikan awal.
D : Desire – fahamkan dan yakinkan mereka pada
tawaran terbaik kita akan apa yang dilakukan. Biar mereka berkeinginan untuk
mengetahuinya dengan lebih lanjut dan berminat untuk mendapatkan maklumat
terlebih dahulu. Berikan bantuan dan pertolongan dengan sewajarnya.
A: Action – lakukan tindakan untuk mereka dengan
mudah memutuskan untuk menerima apa juga tawaran yang di kemukakan. Biar betul
dengan gaya, cara dan kaedah yang digunakan. Tarik perhatian dahulu sebelum
boleh menarik minat seseorang.
Satu konsep yang bersesuaian yang boleh
digunakan semasa pembukaan kaunter. Bagaimana untuk menggunakan konsep A.I.D.A ini?
Pergunakan konsep ini dengan cara seperti berikut sebagai satu cadangan yang
boleh dipraktikkan bersesuaian dengan produk apa yang ditawarkan.
A : dengan senyuman yang diberikan tunjukkan
dan berikan maklumat serba ringkas dan jelas lagi mudah difahami. Bagi produk-produk barangan lakukan
demonstrasi tunjukkan kepada mereka. Bagi produk-produk perkhidmatan tunjukkan
kelebihan dan keuntungan yang bakal mereka peroleh. Jangan buang masa tercegat
sahaja di hadapan kaunter sahaja. Bergerak secara aktif dan progresif.
I : Tarik minat mereka berikan mereka
berfikir sedalam-dalamnya tentang produk yang kita tawarkan boleh membantu dan
menolong mereka selesaikan permasalahan mereka. Jangan berikan masalah pula
kepada mereka. Bertanyakan kemukakan soalan-soalan yang relevan dengan mereka
agar kita lebih dekat memahami masalah apa yang mereka tanggung selama ini. Berhemah
dan bersopan agar mereka mahu untuk berinteraksi dengan kita. Jangan memaksa
tapi pujuklah secara baik dan disenangi.
D : Perundingan walaupun seketika amat
bermakna jika kefahaman mereka benar-benar difahami oleh mereka. Tunjukkan dan
tawarkan solusi yang terbaik kepada mereka. Perundingan yang terbaik adalah
dalam keadaan menang-menang dan bukannya mementingkan diri kita sahaja yang
menjualnya. Selagi kita gagal mengesan apa yang mereka mahukan selagi itulah
kita akan gagal melaksanakan jualan kita.
A : Jangan alihkan pandangan mereka kepada
kawasan persekitaran. Fokus kepada mereka agar tumpuan mereka juga kepada kita.
Lakukan tindakan yang menyenangkan hati mereka. Tindakan jangan terburu-buru
kerana mereka mudah menolak tindakan agresif kita begitu sahaja meninggalkan
kita buat tak tahu. Berhati-hati dan berwaspada segala pertuturan dan
percakapan kita kepada mereka.
Tindakan sebaik-baik selepas membuka
kaunter lakukan bedah siasat selepas habis sahaja kaunter dibuka. Mana
kelemahan yang didapati dan diperoleh perbaiki segera. Jika terdapat kekurangan
atau kesilapan perbaiki juga tidak dilakukan perkara yang sama di masa akan
datang. Biar di masa hadapan sekurang-kurangnya jika penawaran dilakukan lagi hanya
yang terbaik diberikan kepada mereka. Pergunakan konsep ini agar segala
tindakan yang dilakukan biarlah ada sistematiknya. Jangan main suka hati,
hentam ikut suka kita atau main langgar sahaja. Beradab secara taktikal itu
lebih baik dalam melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan