Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 25 Oktober 2014

MAAL HIJRAH - LA TAHZAN




Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah sememangnya banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Sayidina Umar telah menetapkan kalendar tahun Hijrah berdasarkan tahun hijrahnya Rasulullah hadir ke Kota Madinah. Segala pengorbanan Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar perlu kita ambil ketahui bermula dari Rasulullah keluar dari kepungan di rumahnya sehingga di sambut meriah oleh penduduk-penduduk Yathrib ketika itu.

Suatu yang menarik ketika penghijrahan Rasulullah SAW adalah ketika bersama Sayidina Abu Bakar di dalam gua Thur yang telah ditutupi dengan sarang labah-labah dan sarang burung di depan pintu masuk gua Thur. Selama tiga hari tiga malam Rasulullah bersama Sayidina Abu Bakar berada di dalamnya berdiam diri dari dikejar oleh golongan-golongan Jahiliah ketika itu. Dahlah disengat oleh kala jengking pada Sayidina Abu Bakar dengan mendiamkan dirinya cuba merahsiakan kesakitannya kepada Baginda demi cintanya kepada Rasulullah. Baginya biarlah beliau susah dari Rasulullah yang menanggung kesusahannya. Itulah pengorbanan dan rasa kasih sayang beliau tidak berbelah bagi pada Baginda Rasulullah. 

   Firman Allah bermaksud 'kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana’ (Surah At-Taubah Ayat 40)

Rasulullah SAW menenangkan Sayidina Abu Bakar dengan mengucapkan
yang membawa maksud "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". Satu ayat yang begitu POWER memberikan motivasi kepada Sayidina Abu Bakar dari Rasulullah SAW. Ungkapan La Tahzan yang membawa maksud jangan bersedih, berdukacita, bimbang, takut, risau. Melalui La Tahzan ini jugalah yang telah memberikan ilham dan idea kepada penulis buku La Tahzan karangan DR. 'Aidh al-Qarni sehingga menjadi buku bestseller seluruh dunia menjadi bacaan sumber motivasi bagi kita semua.

Inilah yang patut kita pergunakan dalam melalui pelbagai cabaran, dugaan, rintangan dan dugaan yang kita tempuhi dalam melakukan jualan dan kehidupan. Bukan semua jalan yang kita lalui itu lurus semata-mata kadang-kadang pasti ada beloknya sama ada ke kiri atau ke kanan ataupun ada pelbagai halangan dan rintangannya pula di hadapan. Semuanya perlu di tempuhi dengan tenang, tabah dan sabar. Tak perlu bersedih dan berasa susah hati kerana yang pastinya Allah pasti bersama kita.

Inilah yang telah dibuktikan Rasulullah kepada kita. Jangan risau, susah hati apatah lagi berasa dukacita dan kecewa. Lakukan sahaja buat yang terbaik kerana apa juga yang kita lakukan Allah ada bersama kita. Bak kata pepatah tak lari gunung di kejar. Hadapilah dengan sebaik mungkin kerana apa juga yang terjadi dan yang berlaku itu sudah pasti ada hikmah dan yang hikmatnya yang tersembunyi.

Salam Maal Hijrah semoga kehadiran tahun baru ini merupakan tahun kejayaan yang cemerlang dan gemilang buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan