Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 22 Oktober 2014

9 TINDAKAN ORANG YANG BERJAYA


Sumber foto : www.brightimages.com


Tindakan terbaik penjual yang berjaya adalah mendisiplinkan diri melakukan jualan secara konsisten dan tetap. Semuanya bergantung pada kehendak diri sendiri tanpa perlu disuruh-suruh dan dipaksa-paksa melakukannya. Komitmen kena ada mahu melakukannya perlu wujud. 

Kejayaan yang dimaksudkan bukan setakat di dunia sahaja tetapi di akhirat sama. Semuanya dilakukan bagi memastikan setiap kejayaan yang dinikmati boleh diperoleh dengan sebaik  mungkin tanpa perlu memijak, menjatuhkan dan berdendam dengan siapa pun juga yang melakukan jualan baik rakan seniaga ataupun pesaing yang sama bersaing di pasaran yang sama.

9 tanda-tanda orang yang hebat melakukan jualan ini adalah

i.             Tidak pernah lupa akan segala suruhan Allah untuk melakukannya. Keutamaan kepada Allah SWT dengan solat di awal waktu di rumah Allah secara berjemaah, memohon dan meminta pertolongan dan bantuan Allah tanpa henti-henti dan sentiasa bermuhasabah memastikan tiada kesalahan dan kesilapan boleh diulangi lagi.

Allah berfirman, maksudnya : “Aku adalah seperti mana sangkaan hamba Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati Ku. Dan jika ia ingat kepada Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.” (Hadis Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi).

ii.           Tidak pernah ada rancangan kedua atau ketiga. Hanya satu perancangan sahaja memastikan kejayaan pasti dan boleh untuk dinikmati

iii.          Melakukan tugasan secara bersendirian tanpa mengharapkan sebarang bantuan dan pertolongan dari orang lain. Minta tolong pun akan cuba untuk mereka jauhkan sama sekali. Yakin diri amat-amat diperlukan.

iv.          Tanpa mengira waktu, tenaga dan wang ringgit sanggup berkorban lebih dari orang kebiasaan lakukan. Selagi boleh dan mampu menghasilkan keputusan yang baik pasti tidak akan teragak-agak dan menunggu lama mengambil tindakan

v.            Pandai mengelak bersaing sama dengan pesaing di pasaran. Sasarkan bakal pembeli atau pelanggan yang betul-betul mahukan produk yang kita tawarkan

vi.          Orang yang berjaya sudah pasti bermula dari penghujung penutupan jualan. Menjaga perhubungan yang baik di samping menjaga tahap perkhidmatan pada pelanggan yang telah menerima tawaran agar referral dan jualan berulang mudah diperoleh lagi

vii.        Memastikan tidak pernah berhenti sampai bila-bila. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sanggup lakukan apa sahaja demi menjaga tahap perkhidmatan yang terbaik kepada bakal pembeli atau pelanggan

viii.       Menjual dan terus menjual menghidu setiap peluang dan oportuniti tanpa mengira masa dan tempat. Asalkan ada pertanyaan sudah pasti pertanyaan tersebut akan ditukarkan kepada persetujuan untuk menerima tawaran 

ix.         Tidak mudah bangga diri walaupun menerima pujian dan penghargaan. Bagi mereka yang berjaya mencari keredaan dan kerahmatan Allah itu adalah lebih penting dari segala-galanya.

Utamakan setiap tindakan untuk mencari kerahmatan dan keredaan Allah SWT. Segala yang dilalui sama ada boleh berjaya ataupun tidak semuanya ujian dari Allah yang perlu di tempuhi. Tidak menjadikan Qada dan Qadar Allah sebagai satu ketentuan kerja tapi segala usaha terus digembleng demi kejayaan mampu diraih mengikut matlamat asal yang telah di tetapkan. Penting bagi orang yang berjaya tiada yang mustahil untuk dilakukan demi mencapai kejayaan yang dimahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan