Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 17 Oktober 2014

TANDA-TANDA SOMBONG BONGKAK




Barang siapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orangnya yang sombong terkutuk.

Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antaranya tanda-tandanya iaitu

i.             Merasa bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain

ii.           Suka menonjolkan diri terhadap orang lain

iii.          Minta dikedepankan di majlis-majlis keramaian

iv.          Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan

v.            Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah

vi.          Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah

vii.        Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah

viii.       Suka memuji-muji diri

ix.         Bermegah dengan datuk nenek yang kenamaan atau yang ahli agama

x.           Bermegah dengan keturunan

Semua tanda-tanda ini menunjukkan sifat takabbur yang amat tercela dan buruk, yang kerap menimpa setengah-setengah anak-anak yang baik, yang tidak mempunyai pandangan jauh dan cetek pula ilmu pengetahuannya mengenai selok-belok agama.

Sesiapa yang bermegah diri dengan keturunannya atau dengan datuk neneknya, nescaya  berkat mereka akan lenyap daripadanya. Sebab mereka itu tidak pernah membangga diri atau menyombong diri terhadap orang ramai. Kiranya mereka bersikap demikian, nescaya hilang lenyaplah kelebihan dan keutamaan yang mereka terima dari Allah SWT.

(Sumber : Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman karangan Imam Habib Abdullah Haddad ms 409)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan