Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 24 Oktober 2014

5 TINDAKAN BIJAK


Sumber foto : nerdatthecooltable.com

Tiada siapa pun yang mahukan kegagalan. Kalau ditanya semuanya mahukan kejayaan. Kejayaan di dunia dan di akhirat lagi. Macam tengok drama swasta atau tayangan filem semuanya mahukan happy ending. Apa jadi pun yang ditempuh dan dilalui pasti berkehendakkan yang baik-baik sahaja berlaku dan terjadi. Itu filem tapi bagaimana dengan realiti kehidupan kita? Pasti pelbagai perkara dan peristiwa boleh berlaku dan terjadi kepada diri kita sendiri. Tidak dikiralah apa bentuk cabaran dan dugaan yang ditempuh dan diterima semuanya pasti dihadapi dengan tenang dan tabah.

Dalam memastikan meraih kejayaan seperti mana yang dimahukan terdapat pelbagai tindakan yang perlu kita lakukan agar ia nya boleh menjadi satu realiti. Nak dapat kejayaan bukan main sebutan di bibir sahaja tapi kena buktikan dengan tindakan yang sewajarnya perlu diambil sama. Buktikan apa yang kita mahukan diterjemahkan pula dalam tindakan kita pula.

5 tindakan bijak bagi menentukan kejayaan boleh diraih oleh diri kita sendiri iaitu

i.         Mencari kaedah terbaik
Tidak kira dari pengalaman kita atau orang lain, pembacaan dan penceritaan segala ilmu yang diperoleh cari cara dan kaedah yang diperlukan untuk kita mudah mencapai kejayaan yang diinginkan. Bukan untuk mendabik dada tapi sentiasa merendah diri memastikan apa yang kita lakukan berjaya juga dicapai dengan sebaik yang mungkin. Nak dapatkan yang terbaik kena tempuhi dan lalui sendiri supaya setiap apa yang kita tempuhi itu akan menjadi pengajaran dan iktibar paling berguna buat kita. Lagi banyak kita lakukan lagi banyak akan mematangkan lagi pengalaman buat diri kita sendiri.

ii.        Menentukan kawan sebenar kita siapa
Siapa kita bergantung kepada siapa kawan-kawan sekeliling kita. Mereka semua cukup kuat boleh dan mampu untuk mempengaruhi kita sama ada melakukan perbuatan-perbuatan yang baik atau sebaliknya. Kerana itu kita kena bijak dan cekap untuk memilih kawan sejati kita agar pada kemudian hari tidak merasa kesal yang amat sangat hanya disebabkan tersalah memilih. Mereka inilah bukan setakat kawan tapi mentor buat kita memberi teguran dan nasihat berguna buat kita melangkah keluar mencari kejayaan.

iii.       Manfaatkan apa yang ada dalam diri kita sendiri
Tiada siapa yang lebih mengetahui tentang diri kita melainkan kita sendiri. Apa kelemahan dan kekuatan kita sudah pasti kita mengetahuinya. Apa yang boleh dimanfaatkan pergunakan habis-habisan jangan diberi peluang langsung tidak dipergunakan. Sekali kita melangkah biarlah pastikan ia nya sampai ke pangkal lengan. Jangan dipersiakan tapi  pergunakan. Kalau orang lain boleh melakukannya kenapa tidak pada kita?

iv.       Gunakan segala kemajuan teknologi hari ini
Segala kemajuan yang ada hari ini pergunakan sebaik mungkin membantu menyenangkan lagi tugasan kita dalam melakukan jualan. Mungkin dalam telefon bimbit kita boleh kita letakkan gambar-gambar produk kita, slide presentation, tayangan video, penetapan temu janji melalui kalendar yang telah di install dan sebagainya lagi. Semuanya boleh kita pergunakan tanpa adanya kos tambahan buat kita. Tak tahu tak mengapa asalkan kita sanggup belajar kepada mereka yang lebih mahir. Yang penting mahu belajar dan manfaatkan dari tahu tapi langsung tidak dipergunakan.

v.        Semakin hampir dan dekatkan diri pada Allah
Sabda Rasulullah SAW 'Barang siapa yang melakukan kebajikan, maka ia mendapatkan pahala sepuluh kebajikan dan Aku tambah dan barang siapa yang melakukan keburukan, maka balasannya satu keburukan yang sama, atau diampuni dosanya. Barang siapa yang mendekat kepada Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barang siapa yang mendekat kepada-ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa; barang siapa yang datang kepada-ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. Barang siapa yang menemui Ku dengan dosa sepenuh bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, maka Aku menemuinya dengan maghfirah yang sama ' (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad).

Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Pergunakan sebaik mungkin. Nak berjaya tak perlu melibatkan orang lain sama tapi cukuplah dengan kekuatan yang ada pada kita. Kita sendiri yang tentukan dan pastikan kaedah dan cara yang bagaimana boleh bersesuaian dengan kita. Selagi kita yakin sudah pasti boleh untuk kita lakukannya. Buatlah yang terbaik agar segala kebaikan yang kita lakukan itu mendapat kebaikan, keberkatan dan keredaan dari Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan