Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 14 Oktober 2014

BAJET 2015 : 4 PERSOALAN YANG PERLU DIKETAHUI



Sumber foto www.mstar.com.my

Bajet telah pun selesai dibentangkan. Apa yang dinyatakan adalah mengutamakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’. Seperti biasa pelbagai ulasan dan pandangan diutarakan seolah-olah semua orang menjadi bijak pandainya pakar dalam apa yang dinyatakan. Tak kiralah di media massa, media cetak, grup chatting hinggalah di warung kopi masih hangat diperkatakan. Pelbagai bentuk infografik boleh diperoleh asalkan mahu untuk mencarinya dan lebih mudah untuk difahami. Ini baru kesan bajet yang di perbentangkan. Kesannya nanti macam mana pula? 

Apa tindakan kita selepas ini? Ada yang menggembirakan dan ada juga yang memilukan. Semuanya bergantung pada keperluan kepentingan diri sendiri sebagai rakyat yang sentiasa memikirkan ‘ Apa yang aku dapat?’ satu ungkapan tidak kira apa kedudukan dan status pasti memikirkan perkara ini apa manfaat dan keuntungan dari bajet yang dibentangkan baru-baru ini.

Apa pula jadinya dengan kita yang menjual? Ambil jalan selamat agar kita masih mampu untuk menjual. Biar orang kata dan perkatakan namun diri kita masih mampu melaksanakannya juga. Biar apa pun yang berlaku dan terjadi ambil jalan selamat walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan, cabaran, rintangan dan dugaan yang perlu di tempuh. Lakukan perkara-perkara berikut demi survival tugasan dan karier kita dalam menjual dengan mengenal pasti tindakan sepatutnya. 4 persoalan yang perlu diketahui untuk diambil tindakan segera bagi kita adalah seperti berikut

i.             Masih diterima kah produk yang ditawarkan. Adakah relevan dengan permintaan?

ii.           Kemampuan perbelanjaan mereka dengan keadaan kos barangan yang semakin meningkat

iii.          Keadaan pesaing yang berada di pasaran. Adakah mereka masih mampu berjuang melariskan jualan atau tersungkur di tengah jalan?

iv.          Bagaimana dengan tawaran dan promosi terbaru sesuai dengan kehendak dan kemampuan bakal pembeli?

Keprihatinan dan sensitiviti perlu ada. Apa yang berlaku dan terjadi kena ambil berat. Jangan seperti katak di bawah tempurung. Lakukan dengan merencanakan semula apa yang perlu kita lakukan sesuai dengan keadaan yang kita hadapi dan tempuhi. Jangan menyalahkan keadaan kerana sudah pasti tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Perancangan kena ada sesuaikan dengan apa yang dialami agar segala tindakan tidak menjadi sia-sia. Mana yang boleh dimanfaatkan terima dengan kegembiraan tapi mana yang disukarkan perbaiki segera agar kita masih mampu lagi melakukan jualan. Bukankah ini periuk nasi kita? Jagailah dengan sebaik yang mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan