Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 30 Jun 2014

MENIMBA SEBANYAK YANG TERMAMPU




Bulan yang penuh dengan ganjaran. Inilah janji Allah yang perlu kita ambil kesempatan dan tunaikan. Sambil menyelam minum air, sambil lakukan jualan pastikan ia nya satu ibadah. Bukan nak memikat atau menyedapkan hati tapi satu kenyataan yang perlu untuk kita adalah menimba sebanyak yang mungkin dan termampu. Buat bekalan kumpulkan segala ganjaran yang Allah janji kan pada kita kalau kita lakukan dengan ikhlas, jujur dan betul.

Memang memenatkan. Dengan menahan perut lapar dan dahaga di tambah pula dengan cuaca yang panas pasti akan menjadikan kerja semakin sukar dan memayahkan kalau diikutkan logik akal dan fikiran. Elakkan berfikiran begitu kerana apa juga yang Allah minta kita lakukan sudah pasti ada hikmah dan cerita baik tersimpan tanpa kita ketahui dan sedari. Sememangnya Allah tidak akan membebankan seseorang itu dengan beban kerja dan tugas yang berat-berat sahaja. Semuanya Allah dah rancang kan pada kita cuma yang memisahkan itu semua adalah pada usaha, sama ada telah kita lakukan ataupun tidak.

Berpuasa bukanlah satu alasan untuk tidak bekerja dan berpuasa juga bukan satu alasan untuk duduk dalam masjid 24 jam sehari. Kena imbangkan kena perbetulkan kerana niat yang betul sudah pasti ganjaran pahala dan keredaan Allah sudah pasti kita temui. Jangan di tangguh lagi berusahalah sebaik mungkin dan termampu kerana Allah sudah pasti menolong dan membantu kita selagi nyawa masih diberikan. 

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ‘Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan di ampuni dosa-dosanya yang terdahulu’ (Hadis Riwayat Ahmad)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan