Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 29 Jun 2014

30 TINDAKAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Buat perkongsian bersama. Bersama kita manfaatnya. Ganjaran Allah bukannya Allah nak pilih kasih. Selagi kita lakukan apa yang Allah mahukan kita melakukannya selagi itulah kita pasti akan di anugerahkan ganjaran yang tidak ketahui berapa banyak yang boleh kita peroleh. Dapatkan dan kautlah sebanyak yang termampu sempena kehadiran bulan Ramadhan ini. Bukankah kini kita telah berada di Madrasah Ramadhan? Berikan yang terbaik lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Mesej whatsapp yang diterima tidak di ketahui siapa penulis asalnya. Terbaik kalau dapat kita amalkan kerana mudah untuk di lakukan bagi tujuan menjaga dan memelihara rohani kita sempena kehadiran Ramadhan ini. Rohani yang sihat sudah pasti memberikan kesan yang positif dan sihat kepada jasmani dan tindakan kita sama.

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini adalah

1.    Tilawah al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2.   Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam di tambah dengan Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

3.   Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.

4.   Solat fardu 5 waktu berjemaah setiap hari.

5.   Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6.   Sunat dhuha setiap pagi sebaik-baiknya 4 rakaat

7.   Sedekah setiap hari minima seringgit.

8.   Pastikan sahur setiap hari.

9.   Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10.         Tadarus al-Quran sambil memahami maksudnya.

11.  Ziarah orang yang kurang bernasib baik.

12.        Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan. 

13.        Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14.        Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasiq.

15.         Jauhkan aktiviti yang melalaikan

16.         Zikir harian, banyakan berdoa.

17.        Lazimkan bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.

18.         Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah

19.        Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20.       Menjaga dan menghubung silaturahim.

21.        Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.

22.       Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati daripada perkara-perkara yang dilarang.

23.       Tidak berlebih-lebihan mahu pun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.

24.       Per banyakkan amalan-amalan sunat - solat sunat rawatib.

25.       Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga. (suami dan anak2 lelaki)

26.       Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

27.       Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahu pun susah.

28.       Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29.       Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.

30.       Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir buat kita.

Semoga Allah memberkati penulis ini dan per mudahkan lagi tindakan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya di bulan-bulan yang lain sama. Berusaha untuk dapatkan tindakan terbaik dan sepatutnya sepanjang waktu sepanjang hari mendekatkan lagi diri kita terhadap pencipta kita di bulan Ramadhan ini sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak. Menjual, menjual juga ibadah jangan diabaikan sama. Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan