Bukan mudah nak pengaruhi seseorang. Selagi kita tidak sentiasa
berinteraksi dengan bakal pembeli atau pelanggan selagi itulah kita tidak akan
ke mana. Pengalaman yang dilalui adalah guru terbaik kita dalam melakukan
jualan. Setiap kesilapan dan kesalahan yang ditempuhi pasti memberikan
pelajaran terbaik buat kita untuk diperbaiki dan tidak diulangi tindakan yang sama
di masa hadapan. Itulah pelajaran dan pengajaran yang paling berguna buat kita semua.
Berikan tindakan terbaik mendapatkan kepercayaan seseorang hanya dengan
mempengaruhi bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui ketika berinteraksi
secara berhemah dan bersopan. Terdapat banyak tindakan yang boleh dilakukan
bagi memastikan pengaruh kita berjaya diterap dan diserap di dalam diri mereka.
Antaranya adalah
i.
Bijak mengawal emosi. Jangan terlalu moody
berikan keceriaan dan mudah bertutur bahasa-bahasa yang indah dan mudah
difahami. Apa juga masalah yang timbul dan dilalui jangan difikirkan sangat
terutama apabila berhadapan dengan mereka. Kawal sebaik mungkin dan jangan bawa
sama sekali masalah yang kita hadapi dan lalui bersama dengan mereka
ii.
Kepercayaan mereka hak peribadi mereka.
Jangan masuk campur tapi ketahui apa yang mereka percayakan selama ini yang
boleh menjadikan mereka cara hidupnya, pegangan dan pendapat mereka untuk kita
ketahui. Hormat kepercayaan mereka kerana kita bukan ‘super hero’ yang boleh
menentukan seseorang mesti dan boleh mengikut acuan kita. Fikir cara dan kaedah
terbaik.
iii.
Ego mereka jangan kita terlalu ambil hati.
Beri layanan yang sama kekalkan momentum tugasan yang ada. Terima seadanya dan
jangan mudah diambil hati
iv.
Setiap langkah dan tindakan pastikan ambil
tindakan yang betul. Elakkan dari sebarang kesilapan atau kesalahan yang ada.
Mungkin kesilapan yang kita lakukan adalah kecil bagi kita tapi tidak bagi
mereka. Lakukan sebaik yang mungkin agar pengaruh kita cukup mudah untuk mereka
menerimanya
v.
Interaksi secara berhemah dan bersopan.
Tunjukkan gelagat dan kelakuan kita yang disenangi orang bukan yang dibenci
orang sama sekali. Kita bersopan sudah pasti mereka juga akan bersopan dengan kita.
Sumber terbesar dalam mempengaruhi seseorang terletak pada tingkah laku dan
budi pekerti kita melayan seseorang ketika mana berinteraksi dan berkomunikasi.
Setiap ayat yang dibualkan pastikan tidak menyakitkan hari mereka yang
mendengarnya. Elakkan dari kepentingan diri kita tapi layan perasaan mereka
dengan sebaik yang mungkin. Selesaikan permasalahan mereka melalui produk yang
kita tawarkan agar keyakinan dan kepercayaan mereka semakin mendalam dengan apa
yang telah kita lakukan. Pasti pengaruh kita akan menjadi kuat dan hebat kalau
kita sendiri memastikan pengaruh yang ada tidak kita abaikan sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan